GDP AS Menguncup, Dollar Merudum

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar tahunan 2% dalam suku ketiga 2021 menurut laporan daripada Biro Analisa Ekonomi AS hari ini. Angka tersebut lebih rendah dari jangkaan 2.7% oleh para ahli ekonomi yang dibanci. Ianya juga jauh lebih rendah daripada 6.7% yang dilaporkan untuk suku kedua.

Dollar indeks merudum di bawah paras 93.50 mata dan kini sedang menguji paras sokongan fibonacci 23.6% dan sebarang penutupan di bawah paras tersebut, memungkinkan penurunan ke paras sokongan seterusnya(38.2%) sekitar 92.65 mata. Ini sekaligus akan memacu matawang anti-Dollar – Euro ke paras yang lebih tinggi.

UBS dalam signal mingguannya sebelum ini melihat Euro mampu memacu ke paras 1.17 dalam masa terdekat. Dalam perkembangan terbaru hari ini, UBS melihat sebarang penutupan di bawah 113.50 pada USD/JPY memungkinkan penurunan yang lebih jauh sebelum NFP minggu depan.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;