ADP, Produktiviti, NFP & Inflasi

ASSALAM mualaikum & SALAM Sejahtera.

Cuaca di Amerika Utara semakin sejuk (23c kepada 2c), Subuh semakin lewat (6am kepada 7am) dan Maghrib semakin cepat (8pm kepada 7pm). Suasana yang biasa apabila masuk musim luruh dan tidak lama lagi musim sejuk pun tiba. Dandang pemanas telah pun dihidupkan. Memang bercinta nak pergi kerja bila tiba musim sejuk. Tambah-tambah dah tua-tua ni. Kalau dulu zaman remaja, memang suka. Tapi apapun hidup perlu diteruskan.

Semalam Federal Reserve membuat keputusan untuk memulakan pengurangan pembelian bon sebanyak $15b pada bulan ini seperti yang dijangkakan pasaran. Sebelum daripada itu, ADP melaporkan angka pekerjaan yang bertambah baik dengan penambahan sebanyak 571 ribu (jangkaan 400k) dan angka sebelumnya disemak semula dari 568k kepada 528k. Dollar mengukuh dan logam berharga jatuh sebelum memacu semula dan menutup dengan “bullish hammer” untuk perak.

 

Hari ini, Khamis, laporan purata tuntutan bantuan pengangguran pula dilaporkan lebih baik, dengan pengurangan kepada 284 ribu daripada 299 ribu. Namun, malangnya produktiviti merudum lebih teruk dari jangkaan (-5.0% vs -1.5%) dan kos buruh telah naik mendadak dari 1.1% kepada 8.3% berbanding jangkaan pasaran sebanyak 5.8%!

Sumber: briefing.com

Kenaikan kos buruh yang banyak ini semestinya akan menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan di Amerika Syarikat dan inflasi yang dijangkakan sementara, mungkin akan terus berpanjangan. Kerana kenaikan kos buruh selalunya tidak akan turun dan walaupun angka NFP dan kadar pengangguran yang bakal dilaporkan esok bertambah baik, kerisauan terhadap kenaikan inflasi akan berterusan. Emas dan Perak terus memacu hari ini.

Pemerhatian saya pada pasaran sejak kebelakangan ini juga menunjukkan dana yang lebih banyak mengalir kepada logam berharga dan saham/ETF perlombongan (GLD, GDX & SLV) berbanding bon (10Y, 5Y & 2Y). Pasaran seakan tidak yakin dengan kemampuan Federal Reserve untuk menaikkan kadar dengan hutang sebanyak $28 trillion kerana ini akan meninggikan pembayaran bunga.

Apapun, kita tunggu laporan NFP Jumaat esok dan bacaan inflasi pada Rabu minggu depan. Sementara itu, saya melihat harga emas dan perak akan terus dibida dan menjangkakan kenaikan Perak ke paras $26/oz dalam jangka masa dua ke tiga minggu.

AMARAN RISIKO:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;