Baik Buruk Build Back Better Act

Tiada kuasa mutlak di Amerika.
Selain President, ada dua lagi badan atau chamber yang menggubal undang-undang dan mencorak arah masa depan Amerika, House dan Senate

House ada 435 ahli, dilantik setiap 2 tahun, terbaru majoriti dikuasai oleh Democrat.
Sesiapa yang tidak berpuashati dengan kerajaan boleh cuba berbuat sesuatu setiap 2 tahun.

Senate ada 100 ahli, 2 untuk setiap satu state.
Ada 50 state di US.  Satu pertiga ahli akan diundi setiap 6 tahun. Jadi ada undian setiap 2 tahun.

Jumaat lepas House telah meluluskan H.R. 5376 atau Build Back Better Act (BBB) juga dipanggil Democrat Social Spending Bill.

Selepas ini Bill ini akan diundi di Senate.
Bill ini perlukan simple majority dari 50 Democrat dan 50 Republican.
Jika undian 50:50, Vice President akan beri kata putus.

Republican sudah pun menolak bill ini. Ini bermakna setiap seorang Democrat mempunyai kuasa veto.

Setakat ini Senator dari West Virginia, Joe Manchin masih belum bersetuju untuk meluluskan bill ini.

Ada kemungkinan kecil bill ini akan diluluskan juga kerana House mengundi minggu lepas selepas mengambil kira kemungkinan ianya diluluskan di Senate.

Undian dijangka dibuat sebelum dateline Debt Limit Bill 15 December

Perkara2 menarik dalam BBB
(belum final, masih boleh ada perubahan)

1.Bilionaire atau mereka yang memperoleh pendapatan melebihi $100 juta setiap tahun selama tiga tahun berturut-turut mungkin menghadapi cukai tahunan ke atas pertumbuhan aset, seperti saham dan bon, walaupun ianya tidak dijual.

2. Syarikat akan dikehendaki membayar cukai bersamaan dengan 1 peratus daripada pembelian semula saham mereka (share buyback)

Perkara 1 dan 2 ini sebenarnya berkaitan.
Syarikat berkongsi keuntungan dengan pemegang saham samada melalui dividen atau dengan membeli balik saham syarikat yang menaikkan value atau nilai atau harga saham di pasaran.

Dividend dikenakan cukai.
Share buybacks tidak dikenakan cukai selagi sahamnya tidak dijual.
Dengan cara ini billionaires yg menguasai syarikat mengurangkan cukai yang perlu dibayar.

Bill ini jika lulus boleh menyebabkan kejatuhan pasaran saham.

Insentif untuk Electric Car.
Ada Tax Credit berjumlah $7500 untuk Electric Car selama 5 tahun.
Tambahan $4500 jika kereta itu dibuat di Amerika dan pekerjanya ahli kepada Union Labour.
Tambahan $500 lagi jika bateri dibuat di Amerika.

Insentif ini masih dianggap kontroversi dan dijangka diubah di Senate.
Apapun, versi terakhir bill ini akan menggalakkan lagi penjualan Electric Cars.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;