Income Investing: Satu Pengenalan

ASSALAM mualaikum dan SALAM Sejahtera.

Ramai yang bercita-cita untuk menjana pendapatan dari pelaburan dan akhirnya boleh berhenti kerja 9 – 5, kerana hidup boleh disara secukupnya dengan pendapatan dari pelaburan tersebut. Untuk itu, ramai yang terpengaruh dengan janji manis pulangan tinggi pelaburan ala Pak Man Telo yang sebenarnya bukanlah pelaburan tetapi skim piramid di mana dana dari pelabur baru digunakan untuk membayar pelabur lama.

Income investing adalah satu kaedah pelaburan untuk mereka yang lebih suka dengan “steady streams of income” berbanding dengan “speculative growth”. Selalunya mereka yang telah berumur lebih suka kaedah ini, namun tidak kurang ramainya juga generasi muda yang tidak suka mengambil risiko yang terlalu tinggi. Pulangan yang tinggi selalunya datang dari risiko yang tinggi, dan begitu juga sebaliknya.

Untuk mendapatkan “steady streams of income”, selalunya pelabur akan melabur dalam aset yang meberikan pulangan tetap seperti bon dan saham yang memberikan pulangan dividen yang baik. Pulangan bon adalah lebih terjamin, namun adakalanya bon korporat juga boleh menjadi masalah seperti apa yang berlaku kepada Evergrande baru-baru ini. Bon kerajaan adalah lebih selamat.

 

Untuk sedikit risiko, pelaburan dalam saham yang memberikan pulangan yang baik adalah antara pilihan yang bijak. Namun perlu juga diingatkan bahawa pulangan atau dividen hanyalah salah satu faktor dalam pemilihan “income stocks”. Apa yang lebih penting ialah aliran tunai atau “cash flow” yang kukuh untuk syarikat terus membayar dividen tersebut. Tanpa “cash flow” yang kukuh, mungkin suatu masa dividen terpaksa dipotong atau diberhentikan terus.

Walaupun terdapat pro dan kontra dalam pelaburan melalui dividen, kerana dividen dikenakan cukai lebih awal dari “capital gains”, ianya lebih sesuai untuk mereka yang lebih sukakan “stability” berbanding “volatility”. Setiap orang mempunyai tahap toleransi risiko yang berbeza, jadi setiap pilihan pelaburan perlulah menepati kesesuaian invidivu tersebut. Langkah pertama sebelum anda mengorak langkah dalam dunia pelaburan adalah kenali diri anda.

Di sini saya kongsikan pautan “Tharp Trader Test” untuk anda cuba kenali diri dengan lebih dekat. Semoga ianya dapat membantu dalam mencapai impian anda untuk menjadi pelabur berjaya.

SALAM Ikhlas.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;