Saiz Bukanlah Segalanya

ASSALAM mualaikum & SALAM Sejahtera.

Hari ini Khamis, cuti Hari Kesyukuran atau Thanksgiving di Amerika Syarikat. Setiap tahun semenjak 1941 setelah ianya digazetkan sebagai cuti persekutuan, Khamis ke-empat pada bulan November, pasaran kewangan dan perniagaan akan ditutup untuk bercuti menyambut Thanksgiving. Sanak saudara akan berkumpul dan makan besar bersama keluarga dan berdamai sekiranya terdapat sengketa.

Menu utama adalah ayam belanda yang di panggang, maceroni berkeju, keledek manis, kacang panggang, sayur-sayuran, telur berperisa, kentang putar, roti jagung, pie dan ais krim. Memang banyak makanan pada hari itu terutamanya bagi keluarga besar. Namun saiz bukanlah segalanya kerana apa yang lebih penting ialah kemesraan dan kedamaian antara ahli keluarga. Apalah gunanya sambutan yang besar, sekiranya ada ahli keluarga yang tidak dapat datang atau tidak mahu datang kerana perselisihan faham?

Sehubungan dengan itu, kita juga telah melihat banyak negara-negara kecil dan tidak ternama, tetapi menjadi jaguh dalam bolasepak dunia seperti Nigeria, Senegal, Belgium dan banyak lagi. Dalam konteks ekonomi pula, agak hairan mengapa negara sekecil Singapura ($340b), Denmark ($356b), UAE ($421b) dan Israel ($402b) mempunyai KDNK yang lebih besar dari negara-negara yang lebih besar daripadanya seperti New Zealand ($211b), Peru ($202b), Kazakhstan ($170b), Malaysia ($337b) dan banyak lagi negara-negara bersaiz besar tetapi mempunyai KDNK yang lebih kecil.

Dalam konteks trading pula, saya sendiri telah menyaksikan bagaimana akaun sekecil $30 berkembang menjadi lebih $1 ribu dalam masa beberapa bulan dan juga akaun sebesar $2 juta menerima margin call! Jadi, disitu menunjukkan saiz bukanlah segalanya. Kita perlu belajar membina dari yang kecil kepada yang besar, kerana setiap yang besar pun asalnya adalah kecil juga.

Sekiranya anda masih belum bejaya menjadikan pelaburan dan perdagangan sebagai pendapatan utama, janganlah berputus asa. Teruskan berusaha dan sekiranya perlukan bantuan, janganlah malu untuk bertanya. Bersabarlah dalam berusaha kerana

“great things take time”.

SALAM Ikhlas.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;