Bila Semuanya Tidak Menjadi…Apa Perlu Anda Buat?

ASSSALAM mualaikum & SALAM Sejahtera,

Ya. Adakalanya semua usaha anda tidak membuahkan hasil dan anda sudah penat. Sudah berbulan-bulan malah bertahun-tahun anda mencuba, jumpa masta sana, jumpa masta sini, beli e-book ini, beli e-book itu, join seminar sana, join seminar sini; modal sudah habis beribu-ribu, malah berpuluh ribu, ada yang beratus ribu; tetapi anda masih belum mendapat hasil yang anda harapkan.

Anda hampir putus asa, tetapi anda sedar bahawa anda masih memikirkannya dan bagaimana mahu mengatasi masalah tersebut. Itu menunjukkan anda belum putus asa, tetapi anda hanya putus usaha. Anda hanya buntu, tidak tahu hendak buat apa lagi, kerana semuanya sudah dicuba. Dalam keadaan begini apa yang anda harus lakukan?

Kalau anda sudah putus asa, atau “give-up” anda akan terus tinggalkan dan tidak lagi memikirkan tentangnya. Anda akan beralih kepada sesuatu yang baru yang mungkin lebih menunjukkan potensi untuk membuahkan hasil. Tetapi, tidak. Anda masih tetap memikirkan masalah tersebut dan cuba mencari jalan penyelesaiannya.

Dalam keadaan seperti ini, apa yang perlu dilakukan adalah kembali kepada niat anda kali pertama ketika menceburi bidang tersebut. Apakah “intention” atau niat atau objektif anda dalam memasuki bidang tersebut? Mungkin anda hanya terikut-ikut dengan kawan sahaja. Atau mungkin anda mahukan kehidupan yang lebih baik, atau mungkin anda mahu bersara awal, atau mungkin anda mahu menjadi terkenal, atau apa sahaja niat anda ketika itu.

Di sini saya kongsikan video, bagaimana seorang “zookeeper” di China terpaksa berdepan dengan kerenah panda yang pelbagai demi untuk menyempurnakan tugas beliau. Anda bayangkan panda-panda tersebut sebagai pasaran.

https://www.facebook.com/100006523669692/videos/1040301450101696/

Semoga ianya memberi anda ilham untuk menyelesaikan apa juga masalah yang sedang anda hadapi.

SALAM Ikhlas.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;