Bila Jutawan Berhijrah Ke Dubai…

Agak terkejut juga baru-baru ini apabila mendapat berita bahawa Dubai telah menukar cuti daripada Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad. Kalau anda tinggal di Kedah, Kelantan dan Perlis, tentu biasa bercuti pada Jumaat dan Sabtu. Johor, suatu ketika dahulu begitu juga, kemudian beralih kepada Sabtu dan Ahad; sebelum bertukar semula kepada Jumaat dan Sabtu pada 2014 sebagai menghormati penghulu segala hari – Jumaat.

Peralihan ini berlaku kerana Dubai kini telah menjadi kota tumpuan para jutawan yang berhijrah dari pelbagai pelosok dunia. Langkah Dubai meningkatkan tahap vaksinasi kepada 90% yang merupakan antara yang tertinggi di dunia dan memberikan vaksinasi percuma kepada pelancung yang memasuki Dubai, menyebabkan ia kini mendapat limpahan dana dan aktiviti ekonomi.

Dubai selain Abu Dhabi yang berada dalam wilayah United Arab Emirates, tahun lepas telah meluluskan beberapa rang undang-undang baru yang kontroversi demi untuk memajukan ekonominya. Selain memberikan visa 10 tahun kepada pelancung dan memudahkan penubuhan dan pemilikan syarikat, negara Arab ini juga telah membenarkan bersekedudukan dan peminuman arak tanpa lesen untuk penduduknya!

Di saat kota London, New York dan Singapura masih terkapai-kapai dalam menangani gejala virus covid, Oktober lepas, Putera Mahkota Sheikh Mohammed Zayed al-Nahyan mengumumkan bahawa UAE telah berjaya mengatasi krisis tersebut dan kehidupan perlu kembali kepada biasa. Kini Dubai menjadi antara pilihan para jutawan muda yang kaya melalui krypto dan mahukan pengkalan baru untuk beroperasi.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;