Strategi “Dogs of The Dow” Untuk “Income Investing”

ASSALAM mualaikum & SALAM Sejahtera,

Sebelum ini saya ada kongsikan sedikit ilmu berkenaan “income investing“. Kali ini saya akan kongsikan pula salah satu strategi yang popular untuk itu. Namanya sedikit pelik tetapi bila anda lebih banyak mengetahui tentangnya, anda akan faham mengapa ianya dinamakan begitu. Secara ringkas ianya satu strategi pelaburan yang berteraskan pendapatan dan pada masa yang sama cuba mengatasi prestasi index Dow Jones (DJIA).

Oleh kerana DJIA adalah antara index saham yang tertua di dunia (sejak 1896), ianya mewakili syarikat-syarikat yang telah lama beroperasi dan stabil serta memberikan pulangan dividen yang baik, dikenali ramai sebagai “blue chips”. Sehingga Oktober lalu, DJIA terdiri dari 30 saham berikut:

CompanySymbolYear Added
3MMMM1976
American ExpressAXP1982
AmgenAMGN2020
Apple Inc.AAPL2015
BoeingBA1987
CaterpillarCAT1991
ChevronCVX2008
Cisco SystemsCSCO2009
The Coca-Cola CompanyKO1987
Dow Inc.DOW2019
Goldman SachsGS2013
The Home DepotHD1999
HoneywellHON2020
IBMIBM1979
IntelINTC1999
Johnson & JohnsonJNJ1997
JPMorgan ChaseJPM1991
McDonald’sMCD1985
Merck & Co.MRK1979
MicrosoftMSFT1999
NIKENKE2013
Proctor & GamblePG1932
SalesforceCRM2020
The Travelers CompaniesTRV2009
UnitedHealth GroupUNH2012
VerizonVZ2004
VisaV2013
WalmartWMT1997
Walgreens Boots AllianceWBA2018
The Walt Disney CompanyDIS1991

Secara ringkasnya strategi ini melaburkan sejumlah dana di dalam 10 syarikat yang memberikan kadar pulangan terbaik pada akhir tahun. Oleh kerana, pulangan yang berkadar songsang dengan harga, maka pulangan yang tinggi menunjukkan harga yang rendah dan begitulah sebaliknya. Jadi, secara tidak langsung pelabur dapat membeli saham-saham “blue chips” ini pada harga yang lebih baik.

Syarikat-syarikat besar secara umumnya, jarang merubah dividen mereka lantaran perubahan dalam pasaran kerana perniagaan mereka yang stabil dan kukuh. Jadi dividen tersebut memberikan gambaran yang lebih tepat tentang prestasi syarikat berbanding harga saham yang turun naik mengikut kitaran perniagaan.

Sehingga Khamis semalam, berikut dalam kotak hijau adalah 10 saham yang memberikan kadar pulangan dividen terbaik untuk syarikat komponen DJIA:

Agihan modal untuk strategi ini boleh dibuat secara sama rata, iaitu 10% setiap saham, atau pun mengikut kesesuaian pilihan risiko pelabur dengan berdasarkan “beta” saham tersebut. Insya ALLAH, minggu depan kita akan lihat lagi saham-saham komponen DJIA ini untuk mendapatkan “yields” terkini dan membuat pilihan untuk tahun 2022.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dalam mencapai “financial freedom”.

SALAM Ikhlas.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;