Pelaburan Saham Jangka-Panjang Part 4 Diversification

Ada dua jenis risiko yang kita hadapi bila melabur dalam saham atau perniagaan.

Yang pertamanya adalah “market risk” atau risiko pasaran.

Sentiasa ada perkara yang tidak disangka-sangka seperti Covid-19 yang menyebabkan golongan bergaji tinggi seperti Pilot terkejut bila kehilangan pendapatan mereka.

Untuk 2022, inflasi yang tinggi, kenaikan interest rates yang tinggi dan laju, adalah antara perkara yang sudah dijangkakan.

TETAPI
Tiba-tiba ada perang Ukraine, kemudian sekatan ekonomi dikenakan terhadap Russia dan barangan komoditi termasuk makanan menjadi mahal.

Harga yang tinggi  biasanya menarik pelaburan masuk.

Dikedai-kedai mamak sudah kedengaran cakap-cakap pelaburan dalam Agriculture seolah-olah tiada risiko dalam sektor ini.

Return to the mean.
Dalam pelaburan, ada konsep yang dipanggil “normalisation” atau “return to the mean” atau kembali ke asal.Ramai jadi pengedar atau pengeluar rubber glove segera pada 2020.
Hari ini pelaburan itu mungkin sedang menanggung kerugian.Jika pelaburan dalam agriculture ini sebahagian dari pelaburan yang lain, (diversification) bermakna risikonya sudah diambil kira, maka teruskanlah usaha itu.

Tetapi jika hendak jadi cepat kaya kerana harga yang tinggi, sekarang pun ada risiko harga komoditi yang tinggi ini boleh jatuh bila-bila masa.

Sentiasa ada Perbincangan untuk mengedarkan Gandum dari Ukraine dan Russia.

Terbaru, George Soros menjangkakan Russia akan terpaksa menjual Gasnya pada harga yang murah.Bersambung…..

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;