Analisa Oil untuk Summer Update 2 part 1

Presiden Amerika sedang berusaha keras untuk menurunkan harga petrol (dipanggil Gasoline di Amerika).

Menurut Bloomberg, Pentadbiran Biden sedang mengkaji untuk mengehadkan eksport bahan api seperti petrol keluar dari AS, topik yang kemungkinan besar akan dibangkitkan pada mesyuarat Setiausaha Tenaga Granholm dengan penapis minyak minggu akan datang.

Jika ini berlaku, harga petrol dan WTI Crude oil di Amerika boleh jatuh.
Ini mungkin sebab kejatuhan harga yang besar Jumaat lepas.

Bolehkah kejatuhan ini berterusan? Ada dua lagi perkara mempengaruhi harga minyak untuk jangkamas terdekat ini.

1. Kekurangan Bekalan Natural Gas di Eropah.

Aliran gas Rusia ke Eropah telah mengalami penurunan yang besar sepanjang minggu ini, dengan Itali, Jerman dan Perancis semuanya menerima kurang daripada separuh daripada jumlah kebiasaan mereka.

Gazprom Rusia berkata kekurangan bekalan tidak disengajakan dan ia disebabkan sekatan ekonomi.

Bekalan untuk musim panas ini masih mencukupi tetapi kita sedang semakin hampir ke bulan September dan Oktober bila Eropah perlu bersedia menghadapi musim dingin.

Harga Oil and Gas dijangka kekal tinggi dan boleh naik lagi menjelang musim sejuk nanti.

Yang ke dua, dan ini akan menyebabkan harga minyak kekal tinggi walaupun bekalan minyak mentah bertambah

2. Permintaan Musim Panas Di Amerika
Selepas 2 tahun duduk dirumah, orang ramai keluar melancung tanpa hiraukan kos yang tinggi.

Minyak mentah perlu diproses di Refinery sebelum digunakan.

Refinery sudah beroperasi hampir kepada full capacity.

Walaupun bekalan minyak meningkat, tetapi Refinary tidak boleh proses minyak mentah ini menjadi petrol/gasoline, harga gasoline akan naik juga kerana permintaan yang meningkat ketika musim panas

Bila harga Gasoline meningkat, harga Crude Oil akan ikut naik.
Penjual minyak mentah tahu Refinery untung besar dan mereka pun mahukan sedikit keuntungan itu.

Trading Idea – Jika US hentikan export minyak mentah.
Sell WTI dan Buy BRENT serentak.
Lebihan bekalan akan membuatkan harga minyak jatuh di Amerika tetapi Harga diluar Amerika akan kekal tinggi.

Ini juga bergantung kepada reaksi negara-negara Eropah jika Amerika halang export minyak.
Eropah tidak patut sengsara kesan dasar Amerika.

 

Analisa Oil untuk Summer 2022

Analisa Oil untuk Summer Update.

Analisa Oil untuk Summer 2022

Pemberitahuan: Penulis Adalah Copytrade Manager ASAS Futures yang fokus pada Oil.

 

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;