Average Down Atau Cut Loss?

Average down atau cut loss? Persoalan ini sering bermain difikiran para pelabur dan pedagang terutamanya apabila pasaran merudum dan tidak mengikut analisa mereka. Aset yang dijangka naik, jatuh dan terus jatuh sehingga kerugian menjadi besar dan lebih besar hari demi hari, sehingga ada yang menerima “margin call” dan tidak mampu menambah modal, seterusnya tutup kedai.

Kalau anda masih ingat kes Archegos Capital tahun lepas, dimana empat bank utama telah kerugian lebih $10 billion angkara kejatuhan pasaran yang akhirnya memaksa Archegos menutup kedai. Jadi perkara ini bukanlah baru, “and you are not alone”. Kalau anda rasa kerugian $10 ribu sudah banyak, masih ada lagi yang kerugian lebih besar. Jadi syukurlah kerugian anda masih kecil.

Cut Loss

Cut loss atau menutup posisi dengan kerugian adalah salah satu strategi pengurusan risiko dimana pelaburan/dagangan yang ruginya melebihi satu had yang telah ditetapkan akan ditutup untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar. Kuncinya disini adalah untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar dan mematuhi protokol pelaburan/dagangan yang telah ditetapkan lebih awal.

Had yang ditetapkan bergantung kepada toleransi risiko sesuatu portfolio ataupun seseorang pelabur. Satu sehingga lima peratus adalah normal, namun terdapat juga pelabur dan portfolio yang lebih aggresif, bergantung kepada mandat dan objektif sesuatu pelaburan. Apapun, ianya satu strategi untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar sekiranya analisa anda salah.

Cut loss digunakan oleh trader jangka pendek yang selalunya menggunakan leveraj untuk cuba mengaut keuntungan yang lebih besar dengan menggunakan modal pinjaman.

Average Down

Average down pula adalah salah satu strategi pelaburan dan pengurusan risiko dimana pelaburan/dagangan ditambah pada aset yang mengalami kerugian. Ianya mungkin pelik kepada trader jangka pendek kerana ianya seakan membunuh diri kerana menambah pegangan dalam posisi yang sedang kerugian!

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa sekiranya anda pelabur jangka panjang yang tidak menggunakan leveraj atau hanya leveraj yang kecil; serta memegang aset yang memberikan pulangan dividen, kejatuhan harga akan menaikkan kadar pulangan (yields) dan penambahan pegangan dalam aset tersebut adalah munasabah.

Jadi, sama ada anda cut loss atau average down semuanya bergantung kepada mandat, objektif dan tolerasi risiko dalam pelaburan/dagangan anda.

 

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;