5 Saham Perbankan Pilihan

New York, USA – Julai 12. Semenjak dua menjak ini Dollar AS terus memacu naik tanpa menoleh ke belakang. Sebulan yang lalu Indeks Dollar spot (DXY) berada sekitar paras 101.50 dan hari ini telah pun berada sekitar 108.00. Akibatnya matawang anti-Dollar, Euro, telah merudum dari sekitar paras 1.0750 sehingga mencapai parity (1.0000) hari ini. Semuanya angkara Federal Reserve yang dijangka akan terus menaikkan kadar faedah sehingga inflasi terkawal.

Kadar faedah yang meningkat secara amnya merupakan berita baik untuk saham perbankan kerana ianya membantu mengembangkan margin bersih mereka. Kadar faedah yang lebih tinggi juga boleh meningkatkan keuntungan syarikat insurans atas bon yang mereka pegang. Walaupun kadar faedah AS dijangka meningkat dengan ketara pada 2022, kebanyakan saham kewangan masih bergelut sehingga kini.

Ini adalah kerana pelabur menjadi semakin bimbang bahawa Federal Reserve Amerika Syarikat mungkin tidak akan dapat menurunkan inflasi tanpa mencetuskan kemelesetan ekonomi, yang merupakan berita buruk untuk pertumbuhan pinjaman bank dan kebanyakan sektor kewangan.

Di sini team RTC kongsikan saham-saham pilihan yang mempunyai nisbah PE dan PEG yang rendah serta mempunyai pulangan dividen.

Nisbah PE dibawah 15

Nisbah PEG di bawah 1

Yields di atas 2.5%

Daripada kriteria di atas, beberapa syarikat perbankan memenuhi semua syarat untuk kemasukan modal iaitu Citibank (C), Goldman Sachs (GS) dan Bank of America (BAC). Morgan Stanley (MS) pula mempunyai PEG sekitar 3.47 sementara American Express (AXP) hanya memberi pulangan dividen sekitar 1.35% sahaja.

Dua saham lain, iaitu Black Rock (BLK) dan S&P Global (SPGI) hanya memenuhi satu kriteria sahaja walaupun ianya masih berpotensi untuk memberikan pulangan yang baik.

Nota: Sebagai Muslim, saham-saham perbankan ini mungkin tidak patuh syariah kerana terlibat dengan riba. Sila semak aplikasi senarai patuh syariah pilhan anda sebelum melabur.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;