Laporan Sentimen Mingguan

Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ke-52, 2019 yang lepas.

Jumaat, 27 Disember 2019.

BUY GBP EUR CHF AUD NZD CAD USD JPY SELL

Khamis, 26 Disember 2019.

BUY NZD CAD AUD GBP USD EUR CHF JPY SELL

Rabu, 25 Disember 2019.

BUY N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A N/A SELL

Selasa, 24 Disember 2019:

BUY GBP EUR CHF JPY USD AUD NZD CAD SELL

Isnin, 23 Disember 2019:

BUY NZD AUD USD CAD JPY EUR CHF GBP SELL

 

Ulasan Mingguan

Minggu terakhir untuk tahun 2019 menyaksikan sentimen pasaran bercampur-campur apabila JPY lebih banyak dijual berbanding USD dan CHF. Pasaran masih meletakkan harapan terhadap kejayaan rundingan dagang AS-China; selepas Presiden Amerika Syarikat terus memberikan komen bahawa perjanjian akan ditanda-tangani dalam masa terdekat.

Sentimen untuk matawang komoditi juga bercampur-campur dengan CAD, NZD, dan AUD tidak mempunyai arah tuju yang jelas sepanjang minggu lepas. Dengan cuti Hari Natal dan Tahun Baru minggu ini, pasaran lebih banyak mengambil untung dan membuat imbangan portfolio bagi menutup buku dagangan tahunan. GBP juga kelihatan lebih banyak dibeli berbanding EUR sepanjang minggu lepas.

Walaupun sentimen pasaran menunjukkan minyak mentah berada dalam tekanan jualan, harga terus dipacu naik oleh dealer yang mengawal harga semasa. Dengan keputusan OPEC untuk menambah pengurangan pengeluaran minyak mentah dari 1.2 juta tong sehari kepada 1.7 juta tong sehari pada awal bulan lalu, kenaikan harga terbukti tidak disokong atas dasar permintaan.

Emas terus berada dalam sentimen belian sepanjang lima minggu yang lalu, dan terus memacu naik apabila LME dan CME memutuskan untuk menaikkan harga dalam mesyuarat penetapan harga (“fixing”). Kenaikan yang berlaku setiap hari dalam “fixing” sesi pagi dan petang menunjukkan logam berharga ini berada dalam belian panas menjelang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat pada November tahun depan.

 

Ulasan Matawang Utama

***Dengan pasaran yang bercuti hari Natal pada minggu lepas, sentimen pasaran tidak dapat ditentukan dengan jelas dan lebih terarah kepada bercampur-campur. Oleh itu tiada ulasan lanjut melainkan hanya laporan komitmen trader sahaja yang diberikan.***

EUR/USD:

Laporan komitmen trader sehingga 24 Disember, menunjukkan net volume jualan EUR kembali bertambah daripada 65,694 kepada 72,943 kontrak dengan nilai $10.111 bilion. Sehingga Jumaat lepas, jualan UBS telah menutup dengan “+30”.

 

GBP/USD:

Laporan komitmen trader sehingga 24 Disember menunjukkan net volume jualan GBP bertukar kepada net volume belian sebanyak 8,697 kontrak dengan nilai $704 juta. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran dan “buy limit” UBS telah dibatalkan.

 

AUD/USD:

Laporan komitmen trader sehingga 24 Disember menunjukkan net volume jualan AUD berkurang daripada 46,578 kepada 46,164 kontrak dengan nilai $3.195 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/JPY:

Laporan komitmen trader sehingga 24 Disember menunjukkan net volume jualan JPY terus berkurang daripada 42,062 kepada 33,542 dengan nilai $3.833 bilion. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank masih aktif; sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF:

Laporan komitmen trader sehingga 24 Disember menunjukkan net volume jualan CHF terus berkurang daripada 11,074 kepada 9,679 kontrak dengan nilai $1.234 bilion. CHF dijangka terus mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran terus hambar.

 

USD/CAD:

Laporan komitmen trader sehingga 24 Disember menunjukkan net volume belian CAD terus berkurang daripada 11,191 kepada 8,497 kontrak dengan nilai $645 juta. Sehingga Jumaat lepas, “sell limit” Citibank telah dibatalkan. “Buy limit” UBS pula telah aktif pada Isnin (30/12) dan gagal keesokan harinya.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;