Minggu 1: Pandangan Trader

Ulasan Mingguan

Pasaran menutup tahun 2019 dengan sentimen optimis bahawa Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat yang dijadualkan pada hujung November 2020 akan membuatkan keadaan pasaran lebih bertenaga, walaupun terdapat bukti bahawa Federal Reserve AS sedang berdepan dengan masalah kecairan di pasaran modal antara bank. Feds menafikan bahawa suntikan modal baru-baru ini adalah program QE fasa terbaru; namun pasaran lebih arif dan bertindak menjual Dolar.

Keseluruhan pasaran hadapan (+0.07%) menutup positif menjelang tahun baru dengan permintaan diketuai oleh barangan lembut (+0.37%), matawang (+0.34%) dan logam (+0.33%); sementara daging (-0.06%), bon/kewangan (-0.16%) dan tenaga/minyak (-0.87%) ketinggalan.

Di pasaran hadapan matawang pula, semua matawang mendapat sokongan belian kecuali Dolar AS (-0.36%). Permintaan diketuai oleh Pound British (+1.13%), Dolar Kanada (+0.59%) dan Peso Mexico (+0.38%).

Indeks “CNN Fear & Greed” menunjukkan sentimen pasaran kembali berada dalam trend menaik, dengan 12 mata pada setahun yang lalu, 79 mata pada sebulan yang lalu dan menutup dengan 93 mata sebelum tahun baru 2020 bermula.

Pasaran yang tipis sempena cuti Hari Natal minggu lepas, tidak banyak mendorong pegerakan pasaran; ekoran kebanyakan institusi dan pedagang yang mula bercuti menjelang tahun baru.

Prestasi tahunan pasaran saham utama untuk 2019 adalah seperti berikut:

AS & Kanada – Nasdaq (+37.29%), S&P500 (+28.71%), Dow (+22.24%), TSX (+18.93%) Eropah – SMI (+25.95%), EuroStoxx (+25.23%), DAX (+25.22%), FTSE UK (+12.00%) Asia/Australia – Nikkei (+18.20%), HangSeng (+12.17%), KLCI (-4.76%), ASX (+20.27%).

(Baca pandangan minggu ke-50 disini)

 

Pandangan Mingguan

Pasaran dijangka tipis sepanjang minggu ini ekoran cuti tahun baru 2020 dan mungkin terdapat sedikit pergerakan dengan laporan minit mesyuarat FOMC yang akan disiarkan pada hari Khamis. Selain daripada itu, Amerika Syarikat bakal melaporkan indeks perkilangan yang dijangka meningkat dari 48.1 kepada 49 mata. Eropah pula bakal melaporkan indeks perkilangan Jerman yang dijangka stabil pada 43.4 mata; sementara indeks perkilangan UK pula dijangka sedikit naik daripada 47.4 kepada 47.6 mata. Pasaran Jepun hanya akan dibuka pada Isnin depan.

Saya mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru 2020. Semoga dagangan anda terus menguntungkan!

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;