Tiga Bank Dikenal Pasti Bida USD/CAD

Selepas dapat berita bahawa UBS membida USD/CAD semalam, saya cuba membuat risikan lanjut untuk melihat sama ada terdapat bank-bank lain yang juga membida pasangan matawang tersebut. Risik punya risik, dapat sedikit maklumat bahawa selain dari UBS; Toronto Dominion Bank dan juga Mitisubishi UFJ Bank sudah pun memasuki pasaran apabila USD/CAD membuat paras terendah sekitar 1.2950 pada 31 Disember lepas.

Toronto Dominion Bank, atau dikenali juga dengan nama TD Bank; adalah sebuah bank yang berpangkalan di Toronto, Kanada dan Mitsubishi UFJ Bank pula adalah sebuah bank yang berpangkalan di Tokyo, Jepun.

TD Bank membida sekitar 1.2970 dan mensasarkan 1.3150 sama seperti UBS. Manakala Mitsubishi UFJ Bank pula membida sekitar 1.2980 dan mensasarkan setinggi 1.3320. Kedua-dua bank ini mempunyai operasi global dan lebih terarah kepada perbankan korporat serta mempunyai cawangan di pusat kewangan utama dunia. Saya percaya mesti ada bank lain juga yang membeli Dolar dan menjual CAD.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;