Laporan Sentimen Mingguan

Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu kedua, 2020 yang lepas.

Jumaat, 10 Januari 2020:

BUY AUD NZD EUR CAD CHF USD JPY GBP SELL

Khamis, 9 Januari 2020:

BUY CHF JPY GBP CAD NZD EUR AUD USD SELL

Rabu, 8 Januari 2020:

BUY JPY CAD CHF EUR GBP AUD USD NZD SELL

Selasa, 7 Januari 2020:

BUY JPY USD CHF CAD GBP NZD EUR AUD SELL

Isnin, 6 Januari 2020:

BUY GBP CHF EUR CAD NZD USD AUD JPY SELL

 

Ulasan Mingguan

Pasaran yang terkejut dengan serangan Amerika Syarikat ke atas Iran dan serangan balas Iran membuatkan pelabur panik dan mencari perlindungan dalam aset ‘safe-haven’ yang menyaksikan permintaan untuk logam berharga memuncak sebelum tenang semula selepas Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan bahawa pengakalan tenteranya masih utuh dan akan menambah sekatan ke atas Iran kerana serangan balas tersebut.

Dalam pada itu, dalam satu perkembangan lain, China diberitakan berangkat ke Amerika Syarikat minggu ini bagi menandatangani perjanjian fasa pertama; sekaligus memberikan nafas optimis kepada sentimen pasaran, sekurang-kurangnya buat sementara waktu. Buat masa ini, masih ada pelabur yang risau China akan menarik diri di saat akhir. Apapun harga minyak mentah merudum selepas bekalan dilaporkan berlebihan dan perang AS-Iran reda.

Emas pula masih mencari arah selepas memecah paras $1,600 pada minggu lepas, dalam panik pasaran terhadap kemungkinan peperangan lanjut di Timur Tengah. Apapun pasaran masih mengambil sikap berhati-hati apabila aset ‘safe-haven’ masih mendapat permintaan. Emas mendapat net volume belian sebanyak $50.741 bilion. Lebih 10 kali ganda dari net volume belian USD sebanyak $5.01 bilion sahaja.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Sentimen menunjukkan Euro masih mendapat sokongan belian, terkesan dengan kelemahan Dolar yang dijual sebelum tahun 2019 berakhir. Ramai penganalisis yang melihat sebarang kenaikan dalam nilai Dolar adalah bersifat sementara dan merupakan peluang jualan.

Laporan komitmen trader sehingga 7 Januari, menunjukkan net volume jualan EUR kembali berkurang daripada 74,345 kepada 61,664 kontrak dengan nilai $8.597 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS telah pun mengaktifkan “buy limit”nya sekitar 1.1085.

 

GBP/USD: Seperti mana Euro, Pound juga mendapat tempias dari kelemahan Dolar dan lebih banyak dibeli pada minggu lepas. Walaupun kenyataan Gabenor BoE sedikit mengecewakan selepas laporan KDNK menunjukkan ekonomi UK menguncup, pelabur masih berminat membeli Pound untuk jangka panjang.

Laporan komitmen trader sehingga 7 Januari menunjukkan net volume belian GBP terus bertambah daripada 12,393 kepada 16,510 kontrak dengan nilai $1.354 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS telah menurunkan “stop loss”nya kepada “breakeven”, sementara Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

AUD/USD: Aussie mendapat sokongan belian selepas China diberitakan bakal menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama di Amerika Syarikat pada minggu ini, walaupun sebelum itu tertekan dengan sentimen perang AS-Iran; apabila matawang komoditi lebih banyak dijual.

Laporan komitmen trader sehingga 7 Januari menunjukkan net volume jualan AUD terus berkurang daripada 38,339 kepada 27,249 kontrak dengan nilai $1.872 bilion. Sehingga Jumaat lepas, Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/JPY: Sentimen menunjukkan Dolar/Yen lebih banyak dijual apabila pasaran masih panik dengan perkembangan perang AS-Iran. Namun berita tentang perjanjian dagang AS-China menyebabkan Dolar kembali dibida dan Yen dijual.

Laporan komitmen trader sehingga 7 Januari menunjukkan net volume jualan JPY terus berkurang daripada 25,302 kepada 12,248 dengan nilai $1.412 bilion. Sehingga Isnin semalam, jualan UBS telah gagal; sementara Citibank masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Tidak menghairankan sentimen menunjukkan Dolar/Swiss lebih banyak dijual dengan sentimen perang AS-Iran pada minggu lepas. Dengan perjanjian dagang AS-China pada minggu ini, ia mungkin menjadi sebaliknya.

Laporan komitmen trader sehingga 7 Januari menunjukkan net volume jualan CHF terus berkurang daripada 5,725 kepada 4,469 kontrak dengan nilai $576 juta sahaja. CHF dijangka terus mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran kembali hambar.

 

USD/CAD: Sentimen menunjukkan Dolar/CAD berada dalam tekanan jualan kesan dari kenaikan harga minyak mentah sebelum ianya merudum. Dengan sentimen pasaran yang lebih baik, CAD dilihat akan terus mendapat permintaan untuk jangka panjang.

Laporan komitmen trader sehingga 7 Januari menunjukkan net volume belian CAD terus bertambah daripada 11,913 kepada 26,367 kontrak dengan nilai $2.028 bilion. Sehingga Jumaat lepas, kedua-dua belian Citibank dan UBS masih aktif.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;