Laporan Sentimen Mingguan

Berikut adalah laporan sentimen harian sepanjang minggu ketiga, 2020 yang lepas.

Jumaat, 17 Januari 2020:

BUY USD JPY CHF EUR CAD NZD GBP AUD SELL

Khamis, 16 Januari 2020:

BUY GBP NZD CAD USD CHF EUR AUD JPY SELL

Rabu, 15 Januari 2020:

BUY CHF NZD GBP EUR AUD CAD USD JPY SELL

Selasa, 14 Januari 2020:

BUY CHF GBP EUR USD JPY AUD CAD NZD SELL

Isnin, 13 Januari 2020:

BUY CHF EUR CAD USD AUD NZD GBP JPY SELL

 

Ulasan Mingguan

Pasaran yang masih cuba bangkit dari kejutan perang AS-Iran, menyaksikan JPY lebih banyak dijual dan USD dibeli; namun CHF masih mendapat permintaan tinggi pada minggu lepas, sehinggalah pada hari Jumaat apabila keadaan membuat pusingan 360 darjah. Matawang komoditi AUD, NZD, dan CAD rata-rata lebih banyak dijual, selari dengan pasaran yang masih mengambil sikap berhati-hati.

Dalam pada itu, Eropah lebih banyak membeli GBP daripada EUR, sekaligus menunjukkan pasaran yang masih meletakkan harapan terhadap perkembangan ekonomi UK berbanding EU; walaupun sebelum itu laporan KDNK UK menunjukkan negara itu mengalami kemerosotan dan memungkinkan Bank Pusat England menurunkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Minyak mentah terus berada dalam sentimen belian sepanjang minggu dengan OPEC yang dikatakan cuba mengawal pengeluaran dan menghadkan kejatuhan harga. Emas pula masih dalam sentimen belian dengan spekulator mengambil untung sekitar $2.76 bilion; sekaligus mengurangkan net volume belian kepada $49.366 bilion. Lebih 20 kali ganda dari net volume belian USD sebanyak $2.251 bilion sahaja.

 

Ulasan Matawang Utama

EUR/USD: Euro yang awalnya mendapat sokongan belian, kembali tertekan selepas pedagang jangka pendek mengambil untung belian. Pelabur jangka penjang kelihatan terus membeli Euro dengan mengurangkan jumlah jualan mereka.

Laporan komitmen trader sehingga 14 Januari, menunjukkan net volume jualan EUR terus berkurang daripada 61,664 kepada 48,182 kontrak dengan nilai $6.702 bilion. Sehingga Jumaat lepas, belian UBS telah pun menutup dengan “+15”.

 

GBP/USD: Pound yang dijual di awal minggu kesan dari laporan KDNK yang menguncup, kembali mendapat sokongan belian sebelum pasaran dipenuhi oleh kegiatan mengambil untung belian jangka pendek dan tertekan dengan jualan pelabur jangka panjang.

Laporan komitmen trader sehingga 14 Januari menunjukkan net volume belian GBP terus bertambah daripada 16,510 kepada 31,532 kontrak dengan nilai $2.566 bilion. Sehingga Jumaat lepas, UBS telah menutup dengan “breakeven”, sementara “buy limit” Citibank masih aktif

 

AUD/USD: Aussie boleh dikatakan tertekan sepanjang minggu kecuali pada hari Rabu, selepas pelabur masih tidak yakin dengan perjanjian rundingan dagang AS-China. Ramai penganalisis melihat tiada yang berubah dalam perjanjian pada minggu lepas dan cukai masih perlu dibayar dan China terpaksa membuka pasarannya dengan lebih luas.

Laporan komitmen trader sehingga 14 Januari menunjukkan net volume jualan AUD terus berkurang daripada 27,249 kepada 20,549 kontrak dengan nilai $1.418 bilion. Sehingga Jumaat lepas, “buy limit” Citibank masih aktif.

 

USD/JPY: Dolar/Yen mendapat sokongan belian sepanjang minggu lepas apabila pelabur Jepun membida Dolar pasca perjanjian dagang AS-China. Namun dengan musim percukaian Jepun yang bakal mendatang, Yen dijangka kembali mendapat permintaan atas kemasukan kembali dana Jepun.

Laporan komitmen trader sehingga 14 Januari menunjukkan net volume jualan JPY kembali bertambah daripada 12,248 kepada 31,430 dengan nilai $3.572 bilion. Sehingga Jumaat lepas, jualan Citibank masih aktif; sementara UBS masih belum memasuki pasaran.

 

USD/CHF: Pasaran yang lebih banyak membeli Swiss pada awal minggu akhirnya berubah apabila AS dan China menandatangani perjanjian dagang mereka. USD dijangka kembali mendapat permintaan dari pelabur Swiss yang tertekan dengan kadar faedah negatif oleh SNB.

Laporan komitmen trader sehingga 14 Januari menunjukkan net volume jualan CHF terus berkurang daripada 4,469 kepada 192 kontrak dengan nilai $25 juta sahaja. CHF dijangka terus mendapat permintaan sekiranya sentimen pasaran kembali hambar.

 

USD/CAD: Dolar/CAD berada dalam sentimen bercampur-campur dan masih berada dalam julat dagangan kecil sepanjang dua minggu lepas. Pelabur terus mengambil sikap berhati-hati sebelum mesyuarat Bank Pusat Kanada pada minggu ini.

Laporan komitmen trader sehingga 14 Januari menunjukkan net volume belian CAD terus bertambah daripada 26,367 kepada 32,852 kontrak dengan nilai $2.515 bilion. Sehingga Jumaat lepas, kedua-dua belian Citibank dan UBS masih aktif.

 

NOTA:

Analisa sentimen hanyalah satu dari tiga analisa utama dalam membuat keputusan dagangan. Trader dinasihatkan untuk melihat juga analisa fundamental dan teknikal sebelum berdagang. Baca lebih lanjut tentang analisa sentimen dan bagaimana menggunakannya disini

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;