Tesla: Satu Pengajaran Buat Trader

Baru-baru ini ramai juga klien yang marah-marah dengan saya sebab kerugian akibat menjual saham Tesla (TSLA). Saya tahu ada kalangan anda yang “follow” dan juga kerugian, sebab saya sendiri pun rugi. Hahaha. Sekali fikir lawak juga, tetapi bila fikir balik, siapa yang sanggup diketawakan akibat kerugian kan. Mungkin kita boleh ketawakan diri kita sendiri, tetapi mungkin kita terasa kalau kita diketawakan orang. Apapun idea menjual saham Tesla itu bukanlah idea asal saya, sebab saya pun follow sifu lain juga. Hahaha.

Berbalik kepada saham Tesla, bukan anda seorang sahaja yang rugi; malah ramai pengurus dana yang lebih besar pun kerugian juga. Jim Chanos, Michael Burry, Mark Spiegel dan ramai lagi kerugian dengan jumlah terkumpul lebih $40 billion sepanjang tahun 2020, selepas saham syarikat tersebut melambung lebih 800%!

Namun apa yang menarik ialah kenaikan harga ini tidak disertai oleh fundamental yang kukuh selain sedikit kenaikan pendapatan sesaham yang masih rendah berbanding 2018 dan kemasukan kedalam index S&P500!

 

Malah jika dilihat pada aliran tunai sesaham juga, ianya menurun berbanding 2018.

Boleh dikatakan setiap penganalisis fundamental salah dalam menilai saham Tesla, termasuklah institusi seperti MorningStar,

 

Credit Suisse

 

Malah Bank Besar JPMorgan!

 

Persoalannya, apakah yang menyebabkan saham Tesla dibida sehingga begitu tinggi mencapai awan lebih daripada nilai fundamental. Dengan nilai pasaran lebih $800 billion, Tesla kini adalah lebih mahal daripada kombinasi sembilan syarikat pembuat kenderaan – Volkswagen, Toyota, Nissan, Hyundai, GM, Ford, Fiat Chrysler dan Peugeot! Biar betik!

Ada yang mengatakan bahawa Tesla bukanlah sekadar syarikat otomobil, tetapi ianya adalah syarikat tenaga dan teknologi. Namun, saya percaya bahawa “at the end of the day” pendapatan sesaham yang dilaporkan akan menjadi penentu samada ada syarikat tersebut akan terus dibida atau sebaliknya. Apa yang melanda Tesla bukanlah perkara baru. Cuba anda lihat harga saham-saham dot com, ganja, dan bio-teknologi suatu ketika dahulu. Ianya mencanak naik kerana ianya perkara baru dalam pasaran. Setelah itu apa jadi? Anda boleh semak sendiri saham-saham seperti SIRI, FIT, ACB, OCGN dan banyak lagi.

Pengajarannya:

  • Pelaburan seperti mana juga perniagaan adalah berisiko. Jangan risikokan lebih daripada apa yang anda sanggup rugi.
  • Walaupun anda telah membuat analisa yang mantap, itu bukanlah jaminan keuntungan. Jadi kawal risiko pelaburan anda.
  • Pelabur dan pasaran bergerak atas dasar emosi. Takut dan harap adalah dua emosi utama dalam pasaran dan anda perlu tahu masa yang sesuai untuk setiap emosi tersebut.
  • Biarlah masa menentukan saham Tesla ini. Kita tengokkan sahaja.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;