Dua Saham BSKL Pilihan Credit Suisse – 1/2

Baru-baru ini berpeluang membaca laporan saham pilihan Credit Suisse untuk suku pertama 2021 dan agak bangga juga bila melihat dua saham dari Malaysia terpilih dan berada pada tangga teratas dalam 20 saham pilihan Credit Suisse untuk pasaran negara-negara membangun. Anda mungkin telah tahu, setiap suku tahun, institusi biasanya akan mengeluarkan laporan saham pilihan mereka dan “review” atas saham-saham yang telah mereka pilih sama ada ianya masih mempunyai potensi atau sebaliknya.

Sumber: Credit Suisse

Di sini kami kongsikan 20 saham tersebut dan akan cuba kupas dua saham BSKL yang terpilih:

Top Glove (7113)

Seperti mana yang mungkin anda telah maklum, antara operasi Top Glove (7113) ialah membuat sarung tangan dengan pasaran Malaysia, Thailand, China, British Virgin Islands dan beberapa lagi negara. Baru-baru ini ia telah menarik minat ramai pelabur antarabangsa lantaran pandemik corona yang membuatkan sahamnya melambung setinggi RM27 sebelum merudum semula selepas kehilangan pembeli. Top Glove juga tersenarai di Bursa Singapura (SGX) dan pasaran “over-the-counter” (OTC) di Amerika Syarikat.

Melihat kepada carta bulanan anda dapat melihat bahawa pelabur telah membida pada harga pasaran 1 September ketika itu sekitar RM27.10 dan harga merudum selepas itu sebelum menutup pada RM8.30 dan kemudian terus turun apa bila berlaku “stock split” pada nisbah 3:1 pada 3 September.

Melihat kepada carta mingguan pula, jelas pasaran sedang dalam proses pengumpulan (accumulation) kerana “money flow index” tidak memecah paras sifar dan dalam proses memacu semula dengan “bullish hammer” sebagai signal. Kami melihat harga RM6 sebagai “invalidation point”.

Melihat kepada carta harian, kami melihat sasaran boleh diletakkan pada RM7.25 dan RM8.00 untuk jangka masa pendek. Sekiranya prestasi kewangan Top Glove terus memberansangkan, harga boleh mencapai sekitar $10.50 seperti sasaran Hong Leong Bank. Walaupun JP Morgan menyarankan jual, dengan sasaran RM3.50 pada 13 Januari lalu, kami melihatnya tidak munasabah dan mungkin JPM sendiri mahu membelinya pada harga yang lebih murah! Malah penilaian menggunakan “discounted cash flow” menunjukkan “fair value estimate” untuk Top Glove adalah sekitar RM8.55 dengan pulangan dividen 2.37% setahun.

Dengan izin Tuhan, kami akan cuba kupas saham Hartalega (5168) dalam artikel berikutnya.

NOTA:

Sekiranya anda adalah pelanggan MFM Securities dan perlukan laporan fundamental untuk Top Glove, bolehlah berhubung dengan pengurus akaun anda atau emel [email protected]

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;