CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Di sini kami kongsikan pandangan Citibank untuk matawang AUD/USD bagi minggu kelima 2021 dan sedikit analisa kami dari pasaran hadapan dan juga opsyen.

CitiFX:

Fundamental:

  • Paras inflasi Australia meningkat 0.9% pada suku ke-empat 2020 dan lebih baik dari jangkaan pasaran, sekaligus mengapungkan Aussie.
  • Walau bagaimanapun, pergerakan pasaran ekuiti global meningkat dan tidak menentu pada minggu lepas. Sentimen pasaran bertukar negatif dan ini menekan matawang komoditi.
  • Sepanjang 2021, dagangan Aussie dijangka akan terus selari dengan sentimen risiko dalam pasaran. Proses pemvaksinan, stimulus ekonomi dan Dollar yang lemah dijangka akan meningkatkan nilai Aussie. Pemulihan ekonomi yang kukuh di China juga akan menyokong matawang komoditi ini, lantaran China merupakan rakan dagang terbesar Australia.

Teknikal

  • Citibank melihat pasangan matawang AUD/USD “bearish” pada paras 0.7820 dan “bullish” pada paras 0.7567 dan telah pun memasuki pasaran semalam (2/2/2021). Citibank melihat sokongan kukuh pada 0.7640 namun sekiranya ia pecah, maka sokongan seterusnya adalah pada 0.7567 dimana paras pergerakan purata 55 hari berada kini dengan rintangan sekitar paras 0.7820
  • Memang menarik di sini kerana ketika ini kadar AUD/USD berada pada 61.8% “retracement”dari paras terendah pada 21/12/2020 dan paras tertinggi pada 6/1/2021 yakni sekitar paras psikologi 0.7600. Sekiranya ia berjaya dipertahankan, kebarangkaliannya tinggi untuk ia kembali memacu ke atas.

Pasaran Hadapan

Melihat kepada order flow di pasaran hadapan, pasangan matawang ini sedang berada dalam fasa “distribution” atau “profit taking” selepas spekulator mengurangkan jumlah belian kepada $60 juta sahaja. Terdapat sedikit sokongan semasa sekitar paras 0.7620 dengan trend bidaan menaik.

Pasaran Derivatif Opsyen

Minat hak belian di pasaran opsyen sehingga semalam, menunjukkan sedikit sokongan pada paras 0.7600 sehingga 0.7650 dan minat hak jualan kukuh pada paras 0.7700; sekaligus memberikan gambaran bahawa AUD/USD berdepan dengan risiko tekanan jualan. Untuk jangka pendek, belian pada 0.7600 dengan stop loss di bawah 0.7570 boleh dilakukan dengan sasaran sekitar 0.7700 dimana penjual dijangka masuk semula untuk menekan kadar tukaran pasangan matawang AUD/USD.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;