Dua Saham BSKL Pilihan Credit Suisse – 2/2

Salam Sejahtera,

Dalam artikel sebelum ini telah kami kongsikan sedikit analisa saham Top Glove (7113) yang menjadi satu daripada dua saham BSKL yang menjaid pilihan Credit Suisse untuk tahun 2021. Kali ini kita akan cuba lihat pula saham Hartalega.

Hartalega (5168)

Pandemik corona memang ada hikmah terutamanya untuk syarikat-syarikat pembuat peralatan medikal, telekomunikasi, perubatan, dan farmasi antaranya. Top Glove (7113) dan Hartalega (5168) dipilih kerana pasaran akan memerlukan sarung tangan untuk menangani covid-19. Semudah itu. Harta lega yang sebelum ini tidak dikenali, kini telah mendapat tempat di pasaran modal OTC AS dengan kod HHBHF. Masih baru dan analisa pun masih dalm proses upload.

Melihat kepada carta bulanan anda dapat melihat bahawa “bullish” signal telah pun diberi pasaran pada bulan Januari dengan pembentukan “bullish hammer” dan permintaan yang tinggi menyebabkan harga tidak/belum kembali ke paras “open” Januari lagi. Selalunya pasaran akan kembali ke paras “open” bulan sebelumnya untuk mengambil order yang masih terbuka sebelum memacu semula.

Melihat kepada carta mingguan pula, pasaran kembali ke dalam proses pengumpulan (accumulation) selepas pengambilan untung (negative money flow) dan dalam proses memacu semula dengan “bullish hammer” sebagai signal. Kami melihat harga RM11.80 sebagai “invalidation point”.

Melihat kepada carta harian, kami melihat sasaran boleh diletakkan pada RM14.45 dan RM15.70 untuk jangka masa pendek. Sekiranya prestasi kewangan Hartalega terus memberansangkan, harga boleh mencapai sekitar RM24.50 seperti sasaran Public Bank – sasaran tertinggi di kalangan penganalisa bank. Secara konsensus, harga sasaran purata adalah sekitar RM17.90 dan “fair value estimates” berdasarkan “discounted cash flow” adalah sekitar RM17.50

 

NOTA:

Sekiranya anda adalah pelanggan MFM Securities dan perlukan laporan fundamental untuk Hartalega, bolehlah berhubung dengan pengurus akaun anda atau emel [email protected]

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;