CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Di sini kami kongsikan pandangan Citibank untuk matawang AUD/USD bagi minggu ke-enam 2021 dan sedikit analisa kami dari pasaran hadapan dan juga opsyen. Anda boleh rujuk pandangan minggu kelima di sini

CitiFX:

Fundamental:

  • RBA dalam mesyuarat bulan Februari membuat keputusan untuk memanjangkan program QE dengan penambahan pembelian bon sebanyak AU$100 billion, apabila tempohnya tamat pada pertengahan April nanti, dengan kadar AU$5 billion seminggu. Ianya lebih awal dari jangkaan pasaran, sekaligus melemahkan Aussie.
  • Walaupun hubungan dagangan Australia-China tegang pada tahun lepas, lebihan dagangan masih kukuh dengan jumlah AU$6.8 billion pada Disember lepas dan ini menyokong Aussie.
  • Sepanjang 2021, dagangan Aussie dijangka akan terus selari dengan sentimen risiko dalam pasaran. Proses pemvaksinan, stimulus ekonomi dan Dollar yang lemah dijangka akan meningkatkan nilai Aussie. Pemulihan ekonomi yang kukuh di China juga akan menyokong matawang komoditi ini, lantaran China merupakan rakan dagang terbesar Australia.

Teknikal

  • Citibank melihat pasangan matawang AUD/USD “bearish” pada paras 0.7820 dan “bullish” pada paras 0.7589 dan telah pun memasuki pasaran pada 2/2/2021. Citibank melihat sokongan kukuh pada 0.7640 namun sekiranya ia pecah, maka sokongan seterusnya adalah pada 0.7567 dimana paras pergerakan purata 55 hari berada kini dengan rintangan sekitar paras 0.7820
  • Rintangan psikologi 0.7700 telah berjaya dipecahkan selepas Dollar melemah apabila Senat AS meluluskan program stimulus baru dan Perbendaharaan AS mengeluarkan bon baru minggu ini. Nilai tukaran adalah sekitar 0.7727 ketika artikel ini ditulis semasa London menutup.

Pasaran Hadapan

Melihat kepada order flow di pasaran hadapan, pasangan matawang ini mendapat sokongan belian yang lebih kukuh berbanding tekanan jualan. Terdapat trend bidaan menaik pada paras 0.7700 dan 0.7720 walaupun kedudukan spekulator adalah net-short sebanyak $112 juta. Namun oleh kerana laporan CFTC ini adalah lewat, maka order flow semasa dan pasaran opsyen adalah lebih terkini.

Pasaran Derivatif Opsyen

Minat hak jualan di pasaran opsyen sehingga semalam (8/2), menunjukkan sedikit tekanan jualan pada paras 0.7700 namun hak belian lebih kukuh. Pasaran menjangkakan kenaikan nilai yang berterusan sehingga 0.7850 dengan ketiadaan minat hak jualan yang besar untuk mengekang belian.

Ketika ini pembeli sedang bertarung dengan penjual untuk terus memacu nilai tukaran AUD/USD ke atas. Untuk jangka pendek, belian semasa dengan stop loss pada 0.7700 masih wajar kerana ketiadaan minat jualan yang jelas. Sasaran boleh diletakkan pada 0.7780 dan 0.7800.

Untuk jangka sederhana, masih ada risiko pullback sekiranya terdapat order besar pada paras 0.7700 dan stop loss pada 0.7670 lebih sesuai. Sasaran wajar pada paras 0.7780 dan 0.7820/50 di mana Citibank bercadang menjual. Sekiranya anda masih menyimpan posisi minggu lepas, bolehlah naikkan stop loss ke 0.7700 dan “re-entry” dengan stop loss 0.7670 sekiranya “stop out”.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;