Rupiah Dijangka Kukuh Kesan Pelaburan Tesla

Syukur kepada yang Esa kerana nampaknya usaha yang dijalankan oleh Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) semenjak musim panas tahun lepas kini mula menampakkan hasil; selepas syarikat pemotoran dan tenaga Tesla (TSLA) menghantar proposal untuk membina kilang bateri EV di Indonesia pada awal bulan ini. Sebelum daripada itu, Disember tahun lepas, syarikat pembekal bateri EV kepada Tesla, Contemporary Amperex Technology (CATL) dan LG Chem, telah pun memateri perjanjian bersama PT Aneka Tambang untuk melombong nikel bagi kilang yang bakal beroperasi pada 2024.

Sumber: INO Quotes

Indonesia yang suatu ketika merupakan pengeksport nikel terbesar dunia, telah menghentikan eksport bahan mentah tersebut untuk membina rangkaian pembekal yang lebih kukuh dan memampankan ekonomi republik tersebut. Rupiah yang ketika ini didagangkan pada tidak sampai 1 pip telah mengalami lonjakan pada Mac dan Julai tahun lepas akibat “insider trading” serta bulan lepas akibat bidaan spekulator.

Sumber: The Economist Intelligence Unit

Indonesia yang ditarafkan secara purata B dan BB oleh The Economist Intelligence Unit mula menarik perhatian pelabur antarabangsa kebelakangan ini dan kini terdapat lima ETF popular dan tiga unit amanah yang boleh didagangkan secara online oleh pelabur runcit.

Sumber: The Economist Intelligence Unit

Dalam pada itu, wakil MFM yang berpangkalan di Amerika Syarikat memaklumkan bahawa sejak September 2018 sehingga January 2021, Indonesia telah menarik minat pelaburan terus asing (FDI) yang bernilai lebih $20 billion dalam pelaburan pembuatan bateri dan kenderaan elektrik sahaja; namun hanya 14% sahaja yang benar-benar berjaya beroperasi di Indonesia. Selebihnya masih dalam perbincangan akibat kerisauan pelabur terhadap keadaan politik di Indonesia yang adakalanya tidak menentu.

Oleh itu, Presiden terpilih Joko Widodo yang telah memenangi pilihanraya presiden pada April 2019 telah mengutamakan kestabilan politik daripada pemulihan ekonomi. Pilihanraya presiden seterusnya adalah pada 2024 dan didoakan semoga sesiapa pun yang dipilih rakyat Indonesia untuk memerintahkan akan berjaya dalam usaha membangunkan ekonomi yang lebih mampan.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;