CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Nampaknya jualan jangka pendek AUD/USD pada 0.7770 , dengan “stoploss” di atas 0.7850 dan sasaran pada 0.7650 dan 0.7600 pada minggu lepas, hanya berjaya mencapai paras 0.7700 sahaja dan seharusnya berakhir dengan “breakeven” kerana ketika ini ianya telah memacu naik menguji sekitar paras 0.7850. Mari kita lihat bagaimana pandangan Citibank untuk minggu ke-sepuluh kini.

 

CitiFX:

Fundamental:

Citibank masih mengekalkan pandangan fundamentalnya dimana:

  • Untuk mengawal kenaikan nilai Aussie dan kadar faedah, RBA dijangka menambah sekitar A$100b kepada program pembelian aset besarnya yang bermula Oktober tahun lepas dan ini dijangka mengekang Aussie.
  • Pemulihan domestik Australia lebih baik dari jangkaan dan Citibank percaya ianya boleh kembali ke paras pra-covid pada akhir suku pertama 2021 dan ini dijangka menyokong Aussie.

Teknikal

  • Citibank masih melihat pasangan AUD/USD “bearish” pada paras 0.7820 dan “bullish” pada paras 0.7564 serta menjangka sokongan utama pada 0.7538 sehingga 0.7564. Rintangan pula dilihat pada 0.7820 dan 0.80007

Pasaran Hadapan

  • Carta pasaran hadapan di atas menunjukkan pertarungan pembeli dan penjual yang seakan seimbang dan oleh itu pasaran masih dalam proses mencari arah. Namun, dengan pemecahan downtrend merah dan sokongan uptrend hijau, masih ada potensi untuk Aussie menguji paras order terbanyak seterusnya sekitar 0.7920 sekiranya ia berjaya kembali di atas paras 0.7800
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC sehingga Selasa minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah menambah “net-long” dari $472 kepada $623 dan ini menunjukkan spekulator menjangkakan masih ada kenaikan.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (17/3) menunjukkan minat hak belian yang melebihi minat hak jualan. Dengan pemecahan downtrend line merah dan sokongan uptrendline hijau, kami melihat potensi belian jangka pendek dalam kawasan belian 0.7750/80 dengan stop loss 0.7720 dan sasaran pada 0.7850 dan 0.7895 dimana kami jangkakan penjual bakal memasuki semula pasaran kerana “yields spreads” yang kini memihak kepada USD.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;