CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Nampaknya AUD/USD masih teguh kesan dari kenaikan harga emas, malah melanggar paras 0.7850 dan memacu ke paras 0.7880 sebelum menjunam semula pada minggu lepas (minggu ke-19). Kini, ketika artikel ini sedang ditulis, ianya berlegar-legar sekitar 0.7780 dan mari kita lihat apa pandangan Citibank kali ini.

 

CitiFX:

Fundamental:

  • Keyakinan pengguna Australia terhadap ekonomi tempatan, yang berada pada paras tertinggi dalam 11 tahun dan sektor pekerjaan yang kembali ke paras pra-pandemik dijangka menyokong Aussie.
  • Komen Timbalan Gabenor RBA yang mengatakan ekonomi Australia berjalan lebih baik dari jangkaan dan mungkin memendekkan tempoh “yields curve control” (YCC) adalah tidak dijangkakan dan ini menyokong Aussie.
  • Laporan inflasi Amerika Syarikat yang naik mendadak, 4.2% tahunan daripada 2.6% adalah yang tertinggi dalam tempoh 40 tahun dan ini mendorong penjualan ekuiti dan kenaikan pulangan bon AS; sekaligus menyokong Dollar.
  • Namun begitu, pasaran melihat kenaikan inflasi tersebut adalah dari komponen inflasi yang bersifat sementara dan pulangan bon AS dijangka akan terus menaik lantaran Feds yang masih berteka-teki dalam kenaikan kadar faedah. Ini akan mendorong “yield curve” yang lebih curam dan melemahkan Dollar, sehingga kadar faedah dinaikkan.

Teknikal

  • Aussie merudum untuk menguji paras kenaikan “base channel” sekitar 0.7693 tetapi melonjak semula untuk menutup dengan sedikit kenaikan. Sekiranya lonjakan ini berterusan kita akan menyaksikan potensi untuk membentuk “inverted head and shoulder neckline” dan penutupan harian di atas paras 0.7807 – 0.7820 memberikan petanda bahawa ia sedia menguji paras 76.4% fibonacci dan paras tertinggi baru-baru ini sekitar 0.7891/95.
  • Walau bagaimana pun sekiranya Aussie terus merudum dan menutup di bawah paras 0.7675 pada carta minggu esok, ianya petanda “bearish outside” yang akan menambah momentum kejatuhan dan mampu terus jatuh ke paras terendah bulan Februari dan March 2021, sekitar 0.7835 – 0.7564.
  • Citibank melihat pasangan AUD/USD “bearish” pada paras 0.8007 dan “bullish” pada paras 0.7675 serta menjangka sokongan utama pada 0.7675 sehingga 0.7564. Rintangan pula dilihat pada 0.7895 dan 0.80007.
  • Citibank menjangka AUD/USD akan berada sekitar 0.78 dalam masa tiga hingga 12 bulan dan menurun ke 0.76 untuk jangka panjang (lebih 12 bulan)

Pasaran Hadapan

  • Carta pasaran hadapan di atas menunjukkan corak “head and shoulder” dan “inverse head and shoulder” yang memberikan gambaran peperangan antara pembeli dan penjual yang mahu menguasai pasaran.
  • Ketika artikel ini ditulis, kelihatan blok-blok order jualan sekitar 100 – 200 lot yang mahu terus menekan pasaran dan pembeli cuba mempertahankan paras 0.7750 dari ditembusi.
  • Kekuatan volume lebih memihak kepada penjual, namun pembeli masih memegang “point of control” sekitar paras 0.7780.
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC sehingga Selasa minggu lepas pula menunjukkan spekulator yang “net short” telah kembali “net long” dan menambah belian dari $114 kepada $189 juta; sekaligus menunjukkan spekulator yang masih menjangka kenaikan di hadapan.

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (19/5) menunjukkan minat hak jualan dan belian yang seakan seimbang. Namun spekulator masih menjangka paras 0.7750 akan dipertahankan untuk dua minggu lagi (15 DTE).

Ketika artikel ini ditulis, “yields spreads” untuk setahun antara AUD dan USD telah pun sama (0.04%) dan dua sehingga tujuh tahun memihak kepada USD.

Namun perlu diingatkan bahawa perbezaan pulangan bon hanyalah satu dari pelbagai faktor yang mempengaruhi pergerakan matawang. Kami lebih menyukai jualan dengan “stop loss” di atas 0.7900 dan sasaran pada 0.7550 dan 0.7500 untuk tiga ke empat minggu yang akan datang. Namun, penutupan harian di atas paras 0.7820 akan memaksa “cut loss” pada pandangan kami.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

  1. […] AUD/USD masih tidak menutup di atas paras 0.7820, malah memecah paras terendah minggu ke-20 dan menutup di bawah 0.7710 dan ketika artikel ini ditulis, ianya berlegar-legar sekitar 0.7715. Untuk itu kami melihat jualan masih “valid” dan “cut loss point” boleh diturunkan kepada 0.7800. Sekali lagi malang menimpa GBP/USD apabila ia mencapai “stop loss” dahulu sebelum menutup dengan “bearish pin bar” pada hari Selasa (1/6). Oleh itu, kita tinggal kan dahulu GBP/USD dan cuba lihat kepada EUR/USD untuk mempelbagaikan pilihan pasangan matawang. Kita boleh abaikan USD/JPY untuk tujuan analisa ini. […]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;