CitiFX: Pandangan Trader Interbank – AUD/USD

Hampir sebulan lamanya AUD/USD berlegar-legar dalam “descending channel” dari paras tertinggi sekitar 0.7800 ke paras 0.7650 sebelum akhirnya memecah ke bawah selepas Feds Amerika Syarikat mengumumkan masa kenaikan kadar faedah yang lebih awal dari jangkaan pasaran. Itu pun ianya masih jauh dari sasaran pertama pada 0.7550 yang kita tetapkan. Oleh itu, anda bolehlah mengambil untung dan menutup dahulu jualan dan mari kita lihat apa pula kata Citibank kali ini. Syukur juga kerana jualan EUR/USD telah pun mencapai kedua-dua sasaran.

CitiFX:

Fundamental:

  • Citibank melihat mesyuarat suku ketiga RBA nanti boleh menjadi pemangkin untuk kenaikan kadar faedah jangka pendek Aussie.
  • Walaupun RBA besar kemungkinan akan lewat dari Feds Amerika Syarikat dalam mengetatkan polisi kewangan, Aussie boleh mengatasi matawang lain seperti Euro.
  • Masih terdapat potensi risiko daripada ketegangan politik dengan China dan juga harga bijih besi yang melemah.

Teknikal

  • Citibank menjangka AUD/USD akan berada sekitar 0.78 dalam masa enam hingga 12 bulan dan menurun ke 0.76 untuk jangka panjang (lebih 12 bulan)
  • Oleh itu, untuk jangka sederhana, Citibank melihat belian pada AUD/USD namun kenaikan dijangka terkekang sekitar 0.8000 kerana USD yang masih “bullish” berbanding Euro.
  • Citibank telah pun masuk membeli pada minggu lepas (minggu ke-23) sekitar paras 0.7770 dengan sasaran pada 0.8120 dan “stop loss” pada 0.7595

Pasaran Hadapan

  • Aussie merudum ke paras 0.7600 selepas Dollar mengukuh lantaran Feds AS yang memberikan jangkaan kenaikan kadar yang lebih awal.
  • Ketika artikel ini ditulis, kelihatan bidaan yang melebihi tawaran lantaran pembeli jangka pendek yang mahu mengambil kesempatan membeli atas kejatuhan nilai AUD/USD.
  • Dari paras tertinggi 0.8008 sehingga paras terendah 0.7534, “volume point of control” (VPOC) adalah sekitar 0.77448 dan ketika ini ianya dikuasai penjual.
  • Laporan kedudukan spekulator dari CFTC sehingga Selasa minggu lepas pula menunjukkan spekulator telah menambah “net short” dari $63 kepada $149 juta; sekaligus menunjukkan spekulator yang kini semakin “bearish” AUD/USD

Pasaran Derivatif Opsyen

Permintaan dan penawaran di pasaran opsyen sehingga semalam (15/6) menunjukkan minat hak jualan yang jauh melebihi hak belian dan sebarang belian dijangka akan berdepan dengan tekanan jualan, lantaran Feds AS yang kini dijangka mempercepatkan kenaikan kadar faedah.

Ketika artikel ini ditulis, “yields spreads” untuk setahun sehingga tujuh tahun memihak kepada USD dan hanya bon 10 dan 20 tahun sahaja yang memihak kepada AUD.

Namun perlu diingatkan bahawa perbezaan pulangan bon hanyalah satu dari pelbagai faktor yang mempengaruhi pergerakan matawang. Untuk itu, kami melihat trader jangka pendek boleh mengikuti Citibank membeli dengan “stop loss” pada 0.7595 atau 0.7570 dengan sasaran pada 0.7750 dan 0.7800; tetapi perlulah menunggu sehingga kadar tukaran AUD/USD kembali stabil di atas paras 0.7620

Penjual dijangka akan terus menekan Aussie dalam jangka masa sederhana dan panjang, lantaran Feds AS yang kini telah pun memberi isyarat bahawa kadar faedah akan dinaikkan dengan lebih cepat.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;