Risiko Pelaburan

Ada 2 jenis risiko bila kita beli saham

Risiko berkaitan dengan business atau saham tersebut dan risiko berkaitan dengan pasaran.

Company Risk

Risiko berkaitan business atau saham tersebut boleh diturunkan dengan diversification, atau kita pelbagaikan pelaburan kita. Risiko seperti apa yang berlaku kepada Serba Dinamik,  boleh dikurangkan bila kita had kan sehingga 10% sahaja pelaburan kita kepada sesuatu saham. Kerugian dari saham Serba Dinamik ini tidak akan diganti oleh sesiapa walaupun ia pelaburan yang dijamin oleh undang2.

Market Risk

Untuk risiko yang berkaitan dengan pasaran, kita perlu guna Asset Allocation yang betul. Ada 2 perkara yang kita perlu elakkan. Pertama, Pasaran saham jatuh tapi kita ada exposure yang tinggi pada pasaran saham. Sejak April, kami bincangkan tanda-tanda pasaran saham mula lemah dan berkemungkinan akan jatuh merudum atau crash. Kami cadangkan exposure pada saham setakat 30% sahaja, dan trade atau buy and sell ikut pasaran yang sideways ketika itu.

Perkara kedua yang kita hendak elakkan ialah, pasaran saham naik tapi exposure kita masih rendah. Sebab itu, kami tukar strategi kepada maximum exposure dalam saham atau minimum Cash Possible. Malah kami gunakan leverage untuk tingkatkan exposure kami. Semua tanda-tanda pasaran saham akan lemah telah terhapus bila pasaran saham Nasdaq ditutup pada paras tertinggi.

Growth Stock kembali menjadi leader kepada pasaran. Analisa Teknikal MACD Weekly Jakarta atau MACD Weekly KLCI banyak membantu kami membuat keputusan untuk tingkatkan exposure kami dalam saham.

Ada lagi rahsia MACD ini yg belum kami ceritakan.


Kini anda boleh copy dagangan kami di MFM TradeCopy

SIJUHU – minima USD200, autoscale

ASAS SAHAM 1,000 – minima USD1,000, autoscale

ASAS SAHAM 10,000 – minima USD10,000, autoscale

Untuk investors password dan feeds terkini, anda boleh ke FB saya


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;