Analisa Makro Bersama MFM Securities

NFP dan US $1 Trillion + $3.5 trillion infrastructure Bill

Data NFP Jumaat lepas memang sangat kuat. Majikan mencari Pekerja, atau demand sebenarnya melebihi Permintaan. Beberapa state telah memberhentikan Unemployment Insurance menyebabkan pekerja terpaksa keluar mencari pekerjaan. Berita baiknya ialah berlaku kenaikan gaji atau wage inflation. Data NFP ini menyebabkan kenaikan dollar dan Bond Yield, dan Gold dan Silver jatuh menjunam.

Data ini adalah baik tetapi belum cukup kuat untuk Central Bank memulakan tapering atau mengurangkan pembelian bond. Pengalaman lepas biasanya pasaran saham akan jatuh jika berlaku tapering.

Perhatikan gambar di atas, semasa tapering atau pengecilan saiz balance sheet Central Bank pada 2018, pasaran saham menjunam dan volatile. TETAPI pasaran saham yang naik banyak Jumaat lepas.

US Infrastructure Bill $1 trillion + $3.5 trillion

Disamping cerita NFP, US congress sedang membincangkan utk tambah perbelanjaan sebanyak $1 trillion. Sebenarnya Ada 2 pelan perbelanjaan. Satu Pelan dijangka dipersetujui bersama Democrat dan Republican bernilai $1trillion USD. Satu lagi Pelan dari Democrat bernilai $3.5 trillion, akan dibentangkan selepas Pelan pertama dipersetujui.

Kedua2 Pelan perbelanjaan ini jika diluluskan…inflasi akan meningkat, gold akan naik. Dan ia mungkin menambahkan defisit, menyebabkan dollar mungkin jatuh. TAPI pelan pertama sudah tertangguh beberapa kali. Dan sebelum subuh pagi tadi ianya ditangguhkan lagi ke hari Selasa. Kami agak bila Pelan ini diluluskan, trend menurun Gold akan berubah menjadi menaik pula.

Analisa Teknikal

Perlu ada “follow through” atau kesinambungan trend yang berlaku Jumaat lepas. Bond Yield seharusnya ditutup lebih tinggi dari paras tertinggi Jumaat lepas. Jika ini tidak berlaku, trend mungkin akan menjadi sideways saja sehinggalah Infrastructure Bill diluluskan.


Kini anda boleh copy dagangan kami di MFM TradeCopy

SIJUHU – minima USD200, autoscale

ASAS SAHAM 1,000 – minima USD1,000, autoscale

ASAS SAHAM 10,000 – minima USD10,000, autoscale

Untuk investors password dan feeds terkini, anda boleh ke FB saya


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;