Analisa Makro Bersama MFM Securities

Jackson Hole, Delta Variant dan Global Herd Immunity tertangguh.

Kenaikan Inflasi yang dikatakan sementara (transitory) ini akan kekal transitory lebih lama dari yang dijangkakan. Trend Utama Pasaran Masih Sideways. Data Pekerjaan di US Jumaat nanti masih boleh menyebabkan pasaran menjadi volatile. Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Central Bank United States) Jumaat lepas ada menyebut tentang Tapering (pengurangan pembelian bond atau pengecilan balance sheet Central Bank) bergantung juga kepada Delta Variant dan kesannya kepada ekonomi.

Ucapan beliau menyebabkan kesan positif kepada pasaran saham, Dollar menjadi lemah, Gold dan Silver naik dan analisa teknikal membayangkan perubahan trend kepada Dollar index dan Logam bernilai ini.

Delta Variant

TETAPI  semuanya bergantung juga kepada Delta Variant. Di US,  Kes Delta Variant mungkin sedang “peak” sekarang ini dan bila kes Covid ini menurun, tema pasaran akan kembali kepada Tapering dan Dollar mungkin akan kuat kembali. Jelas Delta Variant mengganggu Ekonomi dunia. Jumlah kapal yang beratur di pelabuhan kembali meningkat kerana ada pelabuhan yang ditutup akibat Delta Variant ini.

Barang2 yang tidak sampai ini menyebabkan harga meningkat dan ia bersifat sementara (transitory) menurut FED. Harga akan turun bila pelabuhan dan ekonomi dibuka sepenuhnya. Isunya ialah tiada kepastian bilakan keadaan akan kembali seperti sebelum Covid. Kenaikan inflasi yang dikatakan sementara ini akan kekal sementara lebih lama dari yang dijangkakan.

Global Herd Immunity Tertangguh

Kajian terbaru menunjukkan Mereka yang sudah “fully Vaccinated”, (bergantung kepada jenis Vaccine, untuk Pfizer, sudah ambil 2 dos dan melebihi 14 hari). Kesan Vaccine itu akan berkurangan selepas 6 bulan. Booster diperlukan selepas itu. Kemudian kita masih belum tahu apa yang akan terjadi selepas itu.

Ini bermaksud, tiada kepastian bilakah sebenarnya Dunia akan ada Herd Immunity penuh menentang Covid 19. Itu juga bermaksud tiada kepastian bilakah ekonomi dunia akan kembali normal. Interest Rates mungkin akan kekal rendah lebih lama dari yang dijangkakan pasaran


Kini anda boleh copy dagangan kami di MFM TradeCopy

SIJUHU – minima USD200, autoscale

ASAS SAHAM 1,000 – minima USD1,000, autoscale

ASAS SAHAM 10,000 – minima USD10,000, autoscale

Untuk investors password dan feeds terkini, anda boleh ke FB saya


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;