Analisa Makro Bersama MFM Securities

Pasaran saham yang tenang sekarang, jangan disangka tiada Volatility dihadapan.

Taper itu pasti, hanya tertangguh sahaja. Semalam Gold berpatah balik, kesan kenaikan Bond Yield. Jumaat lepas data NFP lemah, taper dijangka tertangguh, menyebabkan dollar lemah dan Gold naik.

TETAPI

Bond Yield naik selepas NFP. ( sepatutnya turun jika taper tertangguh.) Bond Yield meneruskan kenaikan itu semalam. Ini antara sebabnya:

1 – mungkin ada isu kenaikan inflasi dalam news NFP

2 – Supply bertambah.

Semalam ada $58 bln 3-yr note auction. Khamis nanti ada auction 10-yr note dan Jumaat nanti 30-yr note. Juga dikatakan Corporation Bond issuance juga banyak minggu ini. Supply menyebabkan harga jatuh – Yield meningkat – Strong Dollar.

3 – Ini mungkin sebab utama.

Khamis nanti European Central Bank akan umumkan monetary policy. ECB mungkin akan umumkan Taper – pengurangan pembelian Bond. Kurangnya “demand” menyebabkan harga jatuh – bond Yield meningkat. US bond yield ikut naik bersama European bond yield.

Taper sesuatu yang pasti, hanya tertangguh. Bermakna pasaran saham boleh volatile, dan Gold masih boleh jatuh di masa hadapan. Untuk masa terdekat Bond Yield mungkin naik lagi ke paras 1.43.


Kini anda boleh copy dagangan kami di MFM TradeCopy

SIJUHU – minima USD200, autoscale

ASAS SAHAM 1,000 – minima USD1,000, autoscale

ASAS SAHAM 10,000 – minima USD10,000, autoscale

Untuk investors password dan feeds terkini, anda boleh ke FB saya


NOTA:

Artikel/Video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;