Fund Management Strategy Part 1: Rethinking Herd Immunity.

Fund Management Strategy Part 1:
Rethinking Herd Immunity.
30% penduduk dunia tidak perlukan Vaksin.

Pada bulan June lepas, kami berpendapat ekonomi akan pulih sepenuhnya kerana kebanyakan penduduk dunia sudah pun di Vaksin.

Kemudian kita ada Delta Variant, yang mengganggu strategi pelaburan kami.

Terkini kes  Delta Variant sudahpun menunjukkan penurunan.

Turun naik pasaran saham sekarang ini banyak berkait dengan kes Delta Variant.

Untuk dapatkan perlindungan  secara tidak langsung dari Covid-19, dunia perlukan herd immunity.

Kebanyakan anggaran, dan mengikut WHO, Dunia perlukan 70% herd immunity, samada menerusi Vaksin ataupun sudah terkena Covid.

Kami fikir, untuk buat strategi pelaburan, kita perlu fikirkan semula tentang herd immunity ini.

American Academy of Pediatrics berpendapat, berdasarkan data yang ada, Covid-19 tidak banyak memberikan kesan berat kepada mereka yang dibawah 18 tahun.

Data ini sudah mengambil kira Delta Variant.

Sebenarnya, walaupun mereka tidak menyebut perkara ini didalam laporan mereka, bolehlah kita faham bahawa:

Untuk mereka yang dibawah 18 tahun, immune system badan boleh melawan Covid-19 ini tanpa perlukan Vaksin.

Kategori 18 kebawah ini merangkumi lebih kurang 30% penduduk Dunia.

Jadi kita hanya perlu beri tumpuan Vaksin kepada mereka yang berumur 18 keatas.

Sehingga kini hampir 43% sudah pun mengambil sekurang-kurangnya satu Dos.

Ini bermakna Dunia sudah hampir ada Herd Immunity walaupun jumlah kematian mereka yang fully vaccinated masih agak tinggi.

Yang penting lockdown atau pun perkara yang menyekat ekonomi semakin berkurangan atau semakin tidak diperlukan.

Dan tema pelaburan boleh kembali kepada “Re-Opening” – bila orang ramai boleh keluar seperti biasa.
Tapi kita masih perlu mendengar apa kata FED minggu depan.

Kami jangkakan FED akan umumkan TAPER. Kita cerita di part 2 nanti.

Juga kita masih perlu berwaspada kepada variant baru yang lebih ganas dari Delta.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;