Education Siri 9. Value vs Growth. Masih terlalu awal untuk bond yield naik terlalu tinggi.

Kepada mereka yg membaca “market summary”, sejak penamaan semula Jeremy Powell sebagai Chairman FED untuk penggal seterusnya,  akhir2 ini selalu disebut pelabur beralih daripada growth stock kepada Value Stock.

Growth stock biasanya melibatkan saham2 yg sedang trending. Contoh semasa, saham2 berkaitan teknologi.

Saham2 semiconductors mendapat keuntungan berikutan perkembangan terkini dalam sektor teknologi yang boleh di pecahkan lagi kepada cloud, online ataupun electric car seperti Tesla, Rivian,  Lucid dan lain2.

Value stock pula merujuk kepada saham2 yang membuat business yang sama sejak dulu seperti banking dan saham2 minyak ataupun energy.

Kita boleh melihat “performance” growth stock melalui exchange traded fund, etf semiconductor SOXX.

Untuk Value stock, kita gunakan etf financial dan energy, xlf dan xle.

Pergerakan turun naik harga etf-etf diatas berkait rapat dengan naik turun bond yield.

 

Apa Selepas ini?
Kami jangkakan kenaikan interest rates dan bond yield bakal menjadi tema utama pasaran tahun depan.

TETAPI buat masa sekarang, kami fikir masih terlalu awal untuk bond yield naik terlalu tinggi.

Ini kerana Federal Reserve hanya mengurangkan pembelian bond, bukannya berhenti membeli.
Saiz balance sheet FED masih membesar dan menyokong bond yield yang rendah.

Masih ada risiko FED tidak akan percepatkan Taper pada meeting December nanti walaupun semakin ramai yang bercakap mengenainya.

Boeing adalah antara contoh Value Stock: https://www.insight.mfmsecurities.com/index.php/2021/10/24/education-siri-ke-5-research-dan-cara-mudah-memilih-saham/

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;