FED dan BBB, Bukan Omicron Risiko Sebenar Pasaran

Pasaran masih lagi dipengaruhi oleh Omicron variant.

Walaupun Omicron kurang merbahaya berbanding Delta, Beberapa negara bertindak menutup ekonomi untuk melawan Omicron.
Terbaru adalah UK dan kemungkinan dibuat oleh US juga.

Apapun, seperti Delta, Pasaran dijangka pulih dari Omicron.
Risiko sebenar kepada pasaran adalah polisi Federal Reserve (FED)dan Build Back Better Act.(BBB)

Diantara FED dan BBB, BBB lebih berisiko tinggi.
Presiden Biden sedang berbincang dengan senator yang menolak BBB ini, supaya bill ini boleh lulus sebelum krismas.

Kami pernah menulis dan kami ulang disini:
Perkara2 menarik dalam BBB
(belum final, masih boleh ada perubahan)

1.Bilionaire atau mereka yang memperoleh pendapatan melebihi $100 juta setiap tahun selama tiga tahun berturut-turut mungkin menghadapi cukai tahunan ke atas pertumbuhan aset, seperti saham dan bon, walaupun ianya tidak dijual.

2. Syarikat akan dikehendaki membayar cukai bersamaan dengan 1 peratus daripada pembelian semula saham mereka (share buyback)

Perkara 1 dan 2 ini sebenarnya berkaitan.
Syarikat berkongsi keuntungan dengan pemegang saham samada melalui dividen atau dengan membeli balik saham syarikat yang menaikkan value atau nilai atau harga saham di pasaran.

Dividend dikenakan cukai.
Share buybacks tidak dikenakan cukai selagi sahamnya tidak dijual.
Dengan cara ini billionaires yg menguasai syarikat mengurangkan cukai yang perlu dibayar.

Bill ini jika lulus boleh menyebabkan kurangnya share buyback dan kemudian kejatuhan pasaran saham.

 

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;