Arab Saudi Beri Amaran Terhadap “Short Sellers” Minyak

Riyadh, Arab Saudi – Selasa lalu agak terkejut apabila mendapat berita bahawa Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdul Aziz Bin Salman, memberi amaran keras kepada spekulator yang cuba menjatuhkan harga minyak mentah. Pada sambutan Hari “Thanksgiving” yang lalu, minyak telah merudum angkara spekulator yang terus menerus menekan harga minyak dan tindakan AS dan sekutunya yang mengancam untuk melepaskan simpanan minyak.

Putera Abdul Aziz berkata, “Hari Kesyukuran lalu merupakan Hari Kesyukuran buat para spekulator. Tetapi sekiranya mereka cuba meraikannya lagi, mereka akan menderita seperti dalam neraka!” Ya, memang agak terkejut membaca amaran keras beliau. Beliau juga berkata bahawa OPEC+ akan bertindak segera sekiranya harga minyak terus merudum.

OPEC+ adalah kumpulan 23 negara yang diketuai oleh Arab Saudi dan Russia yang kini mengawal bekalan minyak dunia. Pada mesyuarat 2 Disember yang lalu telah memutuskan untuk menaikkan bekalan sebanyak 400 ribu tong pada Januari depan. Tindakan ini juga sedikit sebanyak menekan harga minyak, namun mereka berkata bahawa ianya boleh berubah pada bila-bila masa.

 

Kini oil traders mendapat backing dari OPEC+ dan kami melihat potensi untuk minyak kembali menguji $85/bl pada tahun depan. Dalam masa terdekat, kami melihat harga mampu memacu ke paras $76/bl sebelum traders mula mengambil untung. Namun begitu, secara teknikal masih terdapat risiko untuk harga jatuh ke kawasan harga belian yang lebih baik (kotak hijau) sekitar $66.50.

Ketika ini, sekiranya pembeli terus menguasai pasaran, besar kemungkinan harga tidak akan jatuh di bawah $69. Pilihan risiko di tangan anda.

AMARAN RISIKO:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;