Saham Pilihan “Dogs of The Dow” – 2022

ASSALAM mualaikum & SALAM Sejahtera.

Berakhir sudah 2021 dengan pasaran saham yang menutup positif dan kebanyakan pelabur besar telah banyak mengambil untung sepanjang suku terakhir 2021. Lebih 16 minggu berturut-turut sejak September 2021, aliran keluar dana dari pasaran saham Amerika Syarikat memang ketara apabila Federal Reserve mengumumkan rancangan pengurangan pembelian bon dan kenaikan kadar faedah untuk 2022.

Namun perlu juga diingat bahawa “leveraged funds” atau pelaburan yang menggunakan kredit atau hutang hanyalah sebahagian kecil daripada pasaran. Sekiranya kita melihat kepada pasaran hadapan S&P500 contohnya, “leveraged funds” hanyalah memegang sekitar 10 – 20% posisi dalam pasaran.

Kerana itu, kenaikan kadar faedah hanya menjatuhkan pasaran saham buat seketika sahaja. (Baca lanjut di sini)

Apapun saham pilihan untuk strategi “dogs of the dow” telah pun tersenarai, dan tidak banyak berubah sejak dua minggu lalu. Berikut adalah 10 saham yang terpilih:

Pembelian telah dibuat pada 3 Januari dengan strategi 100 saham untuk 5 saham “small dogs” dan selebihnya untuk 5 saham “big dogs” dengan modal permulaan $50,000. Baki tunai tersimpan sebanyak $50,000 bakal digunakan untuk tujuan “average down” sekiranya ada peluang.

Saya juga wujudkan portfolio yang sama dengan modal yang lebih kecil sekitar $10,000 dengan baki tunai tersimpan sebanyak $4,000 untuk tujuan “average down” bagi pelabur yang kekurangan modal.

Sebenarnya, dengan adanya platform seperti MFM, MIDF Invest, Robinhood dan Webull contohnya, pelabur kini boleh membeli walaupun hanya satu saham sahaja. Pelaburan tidak semestinya bermodal besar, kerana apa yang lebih penting ialah bermula dengan lebih awal. Masa akan memberikan kelebihan kepada pelabur untuk membina “financial freedom”.

Insya ALLAH, kita akan terus pantau pelaburan ini setiap minggu dan lihat prestasinya hujung tahun nanti.

SALAM Ikhlas.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;