Analisa Oil untuk Summer 2022

Di Amerika, sekolah sudah mula bercuti.
Summer Holiday atau percutian musim panas pun bermula.

Penggunaan minyak akan meningkat dan harga minyak akan lebih sensitif kepada news kekurangan bekalan.

Musim pemanduan puncak A.S. secara tradisinya bermula pada hujung minggu Hari Peringatan (Memorial Day – Hari memperingati askar yang terkorban dimedan perang yang disambut pada hari Isnin terakhir bulan Mei).

Kemudian “hurricane season” akan bermula pada 1 June hingga 30 Nov.

Pakar cuaca berpendapat, air laut yang panas ketika ini, boleh membawa, sekali lagi, kepada tahun ribut melebihi purata – mungkin juga serupa dengan keadaan pada tahun 2005 yang membawa kepada taufan Katrina dan Rita.

Taufan Katrina menyebabkan New Orleans tenggelam.

Dibawah ini adalah contract curve Oil, harganya semakin menurun setiap bulan, atau dipanggil backwardation.

Pasaran sebenarnya bearish, harga oil tinggi kerana masalah yang ada sekarang.
Masalah ini boleh selesai bila-bila masa.
Jika ia selesai, harga akan turun.

TETAPI
Perang Ukraine masih belum ada tanda-tanda akan berakhir.

Walaupun begitu, minyak Russia masih boleh dibeli. Terbaru China sedang berunding dengan Russia untuk menambah reserve nya.

Amerika pula terus mendesak OPEC untuk tingkatkan pengeluaran.

Arab Saudi boleh menjual minyak yang sudah di proses pada harga yang lebih rendah dari pasaran seperti yang berlaku pada 2014.

Demikianlah, untuk tiga ke lima bulan akan datang, ada bullish dan bearish factor untuk oil, harga minyak mungkin akan sangat volatile.

Pemberitahuan: Penulis Adalah Copytrade Manager ASAS Futures yang fokus pada Oil.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;