Pelaburan Saham Jangka-Panjang Part 3

Pada 3 bahagian permulaan ini kami mahu pembaca faham risiko pelaburan.
Biasanya, Retail melabur dengan hanya melihat potensi keuntungan tetapi golongan professional pengurus dana menukar strategi pelaburan mereka berdasarkan risiko yang dihadapi.

Pada bahagian pertama, kami kongsikan tingginya risiko melabur pada projek atau perniagaan yang baru hendak bermula.Data daripada US Bureau of Labor Statistics menunjukkan bahawa:
kira-kira 20% perniagaan baharu gagal dalam tempoh dua tahun pertama dibuka,
45% dalam tempoh lima tahun pertama dan 65% dalam tempoh 10 tahun pertama.

Pada bahagian kedua, kami kongsikan bagaimana risiko dikira untuk setiap jenis aset yang harganya dilihat setiap hari. Ada saham atau komoditi yang kadar turun naiknya sangat tinggi sampai boleh gugur jantung anda.

Dari sini kita boleh buat kesimpulan, pulangan yang tinggi datang dari risiko tinggi yang diambil.

Risiko yang tinggi boleh menyebabkan kita hilang segalanya.

Kami bukan kata mengambil risiko yang tinggi itu tidak bagus, tetapi untuk kelangsungan pelaburan kita untuk tempuh yang lama, kita perlu faham risiko ini dan cara mengawalnya atau bahasa mudahnya Pengurusan Risiko.

Golongan professional menggunakan komputer untuk mengira peruntukan yang sesuai untuk setiap peluang pelaburan. Ianya dipanggil Efficient Frontier.Untuk 2 jenis aset, emas dan saham, menurut portfoliovisualizer, pelaburan yang optimum, atau risiko yang paling minima dan keuntungan yang maksima, sekurang-kurangnya 30% dilaburkan dalam Gold dan 70% di dalam saham.Kita boleh masukkan semua jenis aset dan komputer akan kirakan pelaburan yang optimum. Tetapi kosnya agak tinggi.

Untuk retail, disarankan secara amnya, sebagai pengurusan risiko, kita peruntukkan sehingga 10 peratus sahaja harta kita dalam setiap peluang atau aset pelaburan.

Untuk pelaburan jangka panjang, keuntungan dapat dipertingkatkan lagi jika kita dapat mengelakkan recession.

Ianya bukan 100% pasti tapi kemungkinan recession dihadapan ini sudah ada.

Bersambung….

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;