Pelaburan Saham Jangka-Panjang Part 5 Diversification – Company Risk

Bila kita melabur dalam sesuatu saham, ada Company risk, iaitu risiko berkaitan dengan industri/sektor atau pengurusan syarikat itu sendiri.

Pada 2020, saham-saham Glove memberikan keuntungan yang besar.
Tetapi kini, saham-saham Glove telah jatuh teruk.

Pada 2020, saham-saham Teknologi memberikan keuntungan besar. Ada dana amanah yang memberikan pulangan lebih 100% dengan hanya fokus pada sektor teknologi.

Tetapi kini, saham-saham teknologi sedang jatuh teruk.

Tahun ini saham-saham oil atau energy memberikan pulangan yang tinggi.
Kita sudah boleh agak bagaimana ia akan berakhir.

Saham-saham ini sesuai untuk trading, tetapi untuk pelabur jangka panjang, ini masanya untuk mengambil keuntungan sedikit demi sedikit.

Tiada jaminan harga yang tinggi ini akan kekal tinggi selamanya.

Apapun, setiap orang berhak memilih strategi trading atau pelaburan masing-masing.

Jika memilih satu saham atau sektor, risikonya tinggi.

Risiko ini boleh dikurangkan dengan melabur dalam banyak saham lain atau dipanggil Diversification.Untuk pelabur retail atau fund management bersaiz sederhana, jumlah saham yang patut dilabur paling banyak antara 20 hingga 30 saham sudah mencukupi.

Jumlah yang lebih dari itu tidak akan membantu mengurangkan risiko portfolio.

Fund yang besar atau Billion dollar fund melabur lebih 50 saham kerana masalah liquidity dan mandate fund tersebut yang utamakan pasaran saham dalam negeri.

Liquidity sebenarnya bukanlah masalah jika fokus pada saham global.

Bersambung – Current Market Risk

Yang kurang faham dan berminat untuk dapatkan penerangan lanjut, kelas akan dibuka Rabu malam Khamis di Bukit Jelutong. Minima 3 orang.

Maklumat yang kami kongsikan ini sesuai untuk trader, pelabur, tua muda miskin dan kaya, unit trust consultants, juga Pengurus Dana kecil atau besar.

Syarat2 dan Maklumat lanjut di fb penulis.
https://www.facebook.com/ahmad.sherhan

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;