Mengejar Performance Top Fund Manager 2020 part 1.

Pengajaran Berguna kepada Pelabur dan Penasihat Pelaburan.

Pembaca kami ini pelbagai. Ada trader, pelabur retail dan di harap ada juga pembaca “high net worth” atau sophisticated investors  (mereka yang sudah kaya).

Industri CFD menawarkan kemudahan leverage, walaupun modal kecil tetapi saiz pelaburan boleh menjadi besar. Ia bukan pinjaman.

Untuk saham biasanya sehingga 20 kali ganda modal.

Mereka yang ada modal yang kecil, industri ini tempat yang sesuai untuk belajar trading dan pelaburan.

Dengan kemudahan yang diberi, ada yang berjaya menjadi Pengurus dana yang baik dengan pulangan 5 hingga 10 peratus sebulan.

Ianya possible kerana kemudahan yang diberikan.

Tetapi mereka yang bermodal besar tidak akan dapat kemudahan ini.

1992, George Soros melalui Quantum Fund, menjual Pound Sterling, bermodalkan $1.5 billion, kemudian beliau meminjam sehingga modalnya menjadi 10 hingga 15 kali ganda.

Soros tidak dapat Kemudahan dari broker.
Tiada broker yang mampu memberikan kemudahan ini kecuali bank-bank besar dunia.

Selepas Pound Sterling collapse, kerana kesilapan policy Central Bank, Bank of England dan Kerajaan Britain ketika itu, George Soros untung lebih kurang $1.5 billion atau 10% daripada jumlah modal yang digunakan.

Pound sterling jatuh bukan disebabkan oleh speculators.
Arah utama pasaran ditentukan oleh fundamental.
Matawang turun naik disebabkan oleh policy Central Bank dan Fiscal Policy kerajaan.

Traders hanya membuat ombak kecil sahaja dalam lautan yang besar itu.

Membuat keuntungan 10% setiap trade ini adalah perkara biasa untuk trader kecil kerana kemudahan yang diberikan broker.

Inilah perbezaan mereka yang bermodal kecil dan mereka yang bermodal besar.

Bila trading, trader mengambil risiko yang tinggi.
Sebab itu akaun kena margin call, mc atau rugi semua modal yang diletakkan juga perkara biasa untuk trader.

Kehebatan Soros pada 1992, beliau tidak dapat ulangi sehingga sekarang.

Soros pernah rugi $2 billion ketika Russian Debt Crisis 1998. Beliau juga tersalah langkah bila Britain memilih Brexit.

Yang penting adalah performance untuk jangka panjang, bukan hanya melihat satu trade atau untuk fund yang tiada kemudahan leverage, tidak cukup melihat performance satu tahun.

Inilah point penulisan ini.
Mengikut data yang ada, hanya ada satu cara membuat keuntungan pelaburan saham tanpa mengambil risiko yang tinggi iaitu indexing.

Bersambung.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;