Mengejar Performance Top Fund Manager 2020 part 2.

Mengejar Performance Top Fund Manager 2020 part 2.

Pengajaran Berguna kepada Pelabur dan Penasihat Pelaburan.

Bahagian pertama kami bincangkan perbezaan trader kecil yang mendapat kemudahan leverage dari broker dan pelabur besar yang tiada kemudahan itu.

Ini supaya trader kecil ini faham mesej yang kami hendak sampaikan. Anda tidak boleh ulang performance tu bila modal menjadi terlalu besar tanpa kemudahan dari broker.

Soros untung $1.5 billion menjual Pound Sterling pada 1992. Beliau tidak dapat ulang performance hebat ini.

Hedge Fund Paulson and Co untung $20 billion semasa global financial crisis 2008.

Pengurusnya John Paulson dapat fees $3.5 billion. Beliau sudah pun bersara. Sebabnya ialah Beliau tidak dapat ulang performance hebat ini.

Saiz pelaburan yang diuruskan menurun dari $38 billion pada 2011/12 kepada $6 atau $9 billion sebelum ditutup.

2020 Cathie Wood menjadi terkenal. Tetapi Exchange Traded Fund ARKK yang diuruskan beliau sudah jatuh teruk sekarang.

Beliau masih berpeluang untuk mengulangi performance 2020 itu kerana beliau fokus pada saham-saham teknologi yang dijangka mengubah dunia.

Warren Buffet cadangkan Indexing untuk pelabur biasa.

Pada 2007, Pelabur Warren Buffet telah menawarkan hadiah $1 juta untuk sesiapa yang boleh memilih mana-mana Hedge Fund yang boleh mengalahkan index untuk tempoh 10 tahun.

Seorang menjawab cabaran itu. Tapi beliau menyerah kalah setahun sebelum tempuh itu tamat.
Beliau pilih 5 hedge funds dan semuanya tewas dengan index.

Pengajaran dan Kesimpulan
Risk profile manusia berbeza.
Jika hendak buat “fortune” atau untung besar, berfikirlah seperti Elon Musk, cari satu industri yang boleh mengubah dunia dalam masa terdekat.

Bila dah untung besar, berhenti.

Tetapi jika mahukan keuntungan dan ketenangan fikiran, ikutlah nasihat Warren Buffet.
Lebih-lebih lagi jika anda ada modal yang besar.

Bersambung – Indexing di MFM Securities dan cara beli unit trust yang betul.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;