Scotia Bank, DeMark Jangka CAD Terus Kukuh

New York, USA – June 28. Scotia Bank dalam laporannya kepada pelanggan semalam melihat sebarang kenaikan dalam kadar tukaran USD/CAD adalah terhad kepada rintangan kecil di kawasan 1.2910 dan rintangan besar dilihat pada sekitar 1.2966 dan pemecahan paras 1.2865 boleh membawa kepada pengujian di paras 1.2800 dan seterusnya 1.2700.

DeMark Analytics pula melihat rintangan pada 1.2860 (bulanan) dan 1.2965 (mingguan) dengan sokongan pada 1.2815 (mingguan) dan 1.2410 (bulanan). Pivot bulanan berada pada 1.2745 sementara pivot mingguan berada sekitar 1.2930. Team DeMark menjangka USD/CAD akan terus jatuh dan menguji pivot bulanan selama mana kadar tukaran berada di bawah garisan downtrend (merah).

Team RTC melihat jualan terbaik pada paras 1.2900/20 namun dengan kadar yang telah pun jatuh di bawah paras 1.2880/50, kebarangkalian adalah lebih tinggi untuk USD/CAD menguji paras 50% sekitar 1.2800 sebelum membuat sebarang lonjakan untuk jualan semula.

Belian jangka pendek pada paras 1.2800/1.2780 dengan “stop loss” pada 1.2770/50 dengan sasaran pada 1.2850/80 dilihat wajar sebelum memasuki semula jualan untuk jangka sederhana pada paras 1.2880/1.29 lantaran trend mingguan dan bulanan masih dalam belian walaupun trend belian semakin lemah.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;