Citibank, Reuters Jangka Harga Minyak Terus Turun

New York, USA – Julai 8. Citibank, salah sebuah bank pelaburan terkemuka Amerika Syarikat, dalam nota kepada pelanggannya baru-baru ini, menyatakan bahawa minyak mentah kini telah memasuki trend menurun. Kejatuhan lebih 20% daripada paras tertinggi bulan Mac lalu, secara teknikal memberi signal bahawa minyak mentah kini dalam fasa kejatuhan.

Citibank menyebut bahawa jangkaan berlakunya pengucupan ekonomi dan kekurangan permintaan sehingga akhir tahun ini, adalah antara penyebab yang boleh membawa kepada kejatuhan lanjut komoditi utama itu.

Reuters pula dalam laporan teknikalnya untuk suku ketiga 2022, menjangka harga minyak mentah bakal menguji paras sokongan pada $93.50 setong pada suku ketiga ini. Pemecahan paras sokongan tersebut dan tekanan jualan yang berterusan boleh membawa kepada kejatuhan lanjut ke paras $82.07 setong.

Namun begitu, dengan situasi semasa dimana kumpulan negara G7 yang mahu mengekang harga minyak dari Russia, ianya boleh membawa kepada kekurangan bekalan yang boleh melonjakkan harga. JP Morgan dalam laporannya minggu lepas menyebut bahawa sekiranya Russia menghentikan pengeluaran sebanyak tiga juta tong sehari, ini boleh memacu harga ke paras lebih $380 setong!

Nota: Sekiranya anda perlukan laporan teknikal dari Reuters, bolehlah berhubung dengan pengurus akaun MFM anda.

AMARAN RISIKO:

Artikel/video ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;