Emas: Masa Mengambil Untung, Naikkan “Stoploss”

Tahun 2020 membuka dengan sentimen risiko yang mengecewakan apabila Presiden Amerika Syarikat mengarahkan tentera AS yang berpangkalan di Teluk untuk melancarkan serangan ke atas konvoi tentera Iran yang masih berada di Iraq; sebagai tindak balas ke atas serangan terhadap kedutaan AS di Iraq yang mengorbankan seorang rakyat Amerika Syarikat. Namun, indeks saham utama seperti S&P500 masih memacu naik lantaran persepsi pasaran yang tidak melihat isu ini sebagai ancaman untuk pasaran AS.

Apapun, semestinya dengan perkembangan terbaru ini, risiko Perang Teluk 3.0 kini semakin hampir menjadi kenyataan. Harga emas terus memacu naik, untuk dua minggu berturut-turut dan kini sedang menguji rintangan utama $1,550.00/oz.

Dalam pada itu, saya melihat Dolar AS akan kembali mengukuh dengan sokongan dari Dolar Kanada. Kanada sebagai sekutu kuat AS, semestinya akan membida Dolar AS untuk menyelamatkan rakan dagangnya. Saya akan cuba “update” sekiranya ada belian bank untuk USD/CAD dalam dua minggu ini.

Rancangan Pelaburan

Kepada anda yang telah membeli emas pasca FOMC pada awal Disember lalu, bolehlah mengambil sebahagian untung dan naikkan “stoploss” kepada $1,510. Sekiranya harga emas diturunkan, dan Dolar AS dikukuhkan semula; besar kemungkinan $1,520 akan menjadi paras bidaan semula.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;