Mampukah Sentimen Ini Bertahan Lama?

Pertamanya saya mohon maaf kerana tidak dapat menulis Rabu lalu, kerana kesuntukan masa dan seperti biasa pada awal tahun, terlalu banyak yang perlukan perhatian. Jadi hari ini dengan sedikit kelapangan saya kongsikan apa yang menarik perhatian saya baru-baru ini. Seperti yang kita sedia maklum, AS dan China telah pun menandatangani perjanjian fasa pertama dan ini mengujakan pasaran. Matawang komoditi AUD, CAD dan NZD mendapat lonjakan, namun sesuatu menarik perhatian saya.

Saya lihat walaupun matawang komoditi mendapat lonjakan mendadak, akaun jangka panjang lebih banyak membeli matawang “safe-haven” CHF berbanding USD dan JPY. Dengan kata lain, walaupun AUD, CAD, dan NZD lebih banyak dibeli berbanding USD dan JPY sehari dua ini; ianya masih rendah berbanding belian untuk CHF. Pelabur seakan tidak yakin yang sentimen optimis ini akan bertahan lama.

 

Indeks “Fear and Greed” CNN juga menunjukkan penurunan dari 93 mata pada seminggu lalu kepada 89 Khamis semalam. Jepun seperti biasa sebagai “net importer” produk tenaga dan minyak mentah; terus membida matawang CAD. Namun dengan permintaan untuk CHF yang lebih banyak dari akaun jangka panjang; besar kemungkinan sentimen optimis ini sementara sahaja.

Dengan mesyuarat FOMC yang dijadualkan pada 29 Januari depan dan Feds dijangka mengekalkan kadar, permintaan untuk USD mungkin akan kembali semula dalam masa terdekat. Terutamanya dari pemegang matawang yang mempunyai lebih rendah kadar faedahnya seperti CHF, JPY, EUR, GBP, AUD dan NZD.

Rancangan Dagangan

Dengan sentimen pasaran yang melihat kelemahan ekonomi UK pasca Brexit mendorong BoE menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas, saya melihat jualan GBP/USD sebagai antara “setup” terbaik untuk mengambil peluang ini.

Jualan sekitar 1.3050 dengan “stop loss” 1.3120 dan “cut loss” sekiranya menutup di atas 1.31 serta sasaran sekitar 1.29 adalah wajar pada hemat saya. Jualan ini juga adalah selari dengan rancangan UBS yang telah pun mengenai “breakeven”.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;