UBS, JPM Intai Peluang Belian Di AUD/CHF

Kebelakangan ini, dengan komitmen kerja dan perjalanan yang baru, agak sukar untuk saya menulis dan kongsikan dengan anda pandangan-pandangan yang lebih terkini dan kedudukan institusi dalam dunia pelaburan. Minggu depan, dengan perjalanan ke Alabama, mungkin saya tidak dapat menulis seperti biasa, lantaran tempat yang dikunjungi agak terpencil dan kemudahan internet yang agak terhad.

Namun begitu, saya cuba berikan yang terbaik dan pada pandangan saya berpotensi tinggi untuk menjana keuntungan. Jumaat lalu, sembang-sembang dan selak-selak portal kewangan, beberapa trader dari UBS dan JP Morgan (JPM) memberikan pandangan peluang belian di AUD/CHF.

Berikut adalah pandangan mereka, mengapa ia merupakan antara peluang belian yang baik:

  1. AUD/CHF sedang berada di paras terendah dalam lebih 10 tahun dan seperti USD, CAD dan NZD; ia menawarkan pulangan positif untuk pemegang matawang CHF.
  2. AUD mempunyai korelasi positif dengan emas, walaupun rendah; tetapi Australia sebagai salah satu pusat simpanan emas dunia, merupakan matawang yang stabil dan menjadi pilihan penyimpan emas, selain CHF dan ZAR.
  3. Memerlukan modal yang lebih rendah berbanding USD dan CAD, serta spread yang lebih kecil berbanding NZD.
  4. Risiko masih tetap ada dan “fully priced-in”. Mungkin pasaran telah terlebih reaksi (over-reacted) lantaran isu virus “corona” yang mana China merupakan rakan dagang terbesar Australia.

Rancangan Dagangan

Bergantung kepada profil risiko anda, belian boleh dibuat pada paras semasa, sekitar 0.6200/20 ketika artikel ini ditulis atau sekiranya anda jenis yang mahukan keselamatan; lebih baik tunggu sehingga ia kembali berada di atas pivot bulanan, sekitar 0.6380, sebelum membuat sebarang belian. Cabaran membeli pada 0.6200/20 ialah kesukaran meletakkan “stop loss” kerana paras terendah sebelum itu adalah pada Januari 2015, sekitar 0.4820 ketika SNB campur tangan dalam pasaran. Jadi perlu bersedia untuk “cut loss” pada had risiko anda sekiranya anda membeli pada paras semasa.

Trader JPM melihat sekitar empat ke lapan minggu sebelum kadar tukaran kembali ke atas pivot bulanan, dengan sasaran 0.6400 dan 0.6600 dalam masa empat ke lima bulan (16-20 minggu). Trader UBS lebih suka dengan “buy stop” selepas pivot bulanan dengan “stop loss” di bawah 0.6200 dan sasaran sekitar 0.6400 dan 0.6900

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;