Covid-19: Reaksi Trader

Beberapa kali dagangan di Bursa utama Amerika Syarikat dihentikan untuk mengelakkan kejatuhan yang lebih buruk pada minggu ini, dan suasana hiruk-pikuk dapat dilihat dimana-mana selepas beberapa bank pusat menurunkan kadar faedah ke paras terendah dalam sejarah; termasuklah Feds AS. Harga minyak mentah gred WTI menjunam hingga mencecah paras terendah sekitar $20.50, namun harga di pam masih tidak banyak berubah.

Semuanya penangan Covid-19 atau virus “corona”! Ramai pembeli yang rugi apabila pasaran menjunam dan mereka tidak sempat menutup dagangan atau hilang modal akaun akibat tiada “stop loss”, termasuklah saya! hehehe. Tapi tidaklah pula sehingga tutup kedai kerana jika anda ada 10 akaun dan 3 rugi dan 7 untung masih untung lagi kan? Malah di saat hiruk-pikuk ini saya lihat ada sekumpulan pengurus dana yang masih tersenyum!

Kepada anda yang mengikuti dagangan UBS dan sempat memasuki semula jualan GBP/USD pada minggu lepas, tahniah saya ucapkan. Banyakkanlah bersyukur dan bersedekah membantu mereka yang memerlukan.

Di kalangan pelabur institusi ketika ini masih melihat CAD sebagai matawang terbaik untuk pelaburan jangka panjang lantaran kadar faedah yang tertinggi dikalangan matawang G8. Walaupun harga minyak merudum, dengan sukan Olimpik yang bakal menjelma pada Julai ini, ramai yang percaya ianya akan kembali memacu. CAD/JPY, CAD/CHF dan AUD/NZD dijangka akan mendapat perhatian utama dari “carry traders”.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;