Saham-Saham Di Bawah Nilai Tarik Minat Pelabur Institusi

Di saat pasaran merudum dari Timur ke Barat, dan ramai yang kerugian kesan rebakan virus korona; tidak kurang ramainya juga pelabur yang mencari peluang mencekup saham-saham “bluechips” yang tertekan dan berada di bawah nilai. Di sini saya kongsikan saham-saham yang mendapat perhatian utama lantaran pendapatan mereka sepanjang 12 bulan lalu yang mengujakan.

Dari senarai tersebut, saya tertarik dengan EXXON Mobil yang berada pada tangga ke-empat, kerana nilainya yang berada di bawah $50 sesaham dan mendapat bidaan hebat dari pelabur institusi. Disini saya sertakan carta harga bersama “depth chart” dan “order book” untuk kajian lanjut anda.

EXXON MOBIL (XOM)

Pelabur mana yang tidak kenal dengan Exxon Mobil yang merupakan antara syarikat minyak dan gas tertua dunia yand diasaskan oleh JD Rockefeller dan kini harganya merudum kerana kejatuhan harga minyak mentah dan juga kesan dari rebakan virus korona yang dijangka akan membantutkan perkembangan ekonomi dunia. Dari lebih $70 sesaham, XOM kini berada pada 50% diskaun dengan pulangan dividen lebih 9%!

Pada hemat saya, pada harga semasa, sekitar $37.9x ketika artikel ini ditulis; ia merupakan peluang baik untuk pelabur jangka panjang meletakkan tunai mereka ke dalam saham ini. Untuk makluman anda juga, syarikat penarafan MorningStar meletakkan $76 sesaham sebagai nilai wajar bagi Exxon Mobil.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;