Trader NAB Jangka Aussie Kembali Lemah

Hari ini agak lapang sedikit lantaran pasaran sedikit sepi menanti NFP esok. Jadi sempatlah menulis dan kongsikan sedikit tips daripada sembang-sembang dengan beberapa rakan trader. Seorang dari National Australia Bank seakan begitu yakin bahawa Dolar Australia (Aussie) akan membuat “pullback” untuk mengambil order besar pada paras terendah sekitar 0.5500/20 dan saya katakan itu tidak mustahil lantaran kadar faedah USD dan AUD kini hampir setara.

Saya tunjukkan perbandingan pulangan bon untuk pelbagai negara dan kini dengan penurunan kadar faedah oleh RBA dan Feds AS, hanya bon 3 tahun sahaja yang memberikan USD lebih pulangan berbanding AUD! Jadi sudah tentu trader bon lebih suka memilih AUD berbanding USD dan ini akan memberikan sokongan belian untuk matawang komoditi itu.

Rancangan Dagangan

Melihat kepada carta lapan jam di bawah, Aussie berada dalam tekanan jualan di bawah pivot bulanan, sekitar 0.6110, dan sekiranya ia berterusan serta memecah paras 0.6040; maka tinggi kebarangkaliannya untuk ia menguji paras sokongan seterusnya sekitar 0.5750.

Bergantung kepada horizon pelaburan dan juga stail dagangan anda, jualan jangka pendek dan sederhana boleh dilakukan dengan “stoploss” sekitar 0.6230 dan sasaran pertama sekitar 0.5750 dan sasaran kedua pada 0.5535. Di mana dan berapa saiz jualan yang sesuai untuk anda, akan bergantung kepada toleransi anda terhadap risiko.

Atau sekiranya anda mahu, boleh juga menanti sehingga kadar tukaran AUD/USD turun hingga ke paras sokongan yang dinyatakan dan membuat transaksi belian untuk mengurangkan risiko. Semuanya di tangan anda.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;