London Menutup Dengan Belian Saham Murah Di AS

Pasaran sedikit optimis hari ini, dengan kebanyakan pelabur mencari peluang belian dalam saham-saham “bluechips” di bawah nilai dan juga saham-saham murah yang mempunyai potensi masa depan yang cerah. Antara sektor yang menjadi pilihan utama pelabur adalah teknologi, perbankan, penerbangan, hartanah, kesihatan, automotif dan barangan industri. Berikut adalah 10 saham di Bursa NYSE dan NASDAQ yang mendapat volume terbesar ketika London menutup dan New York berhenti makan tengah hari.

Keadaan in juga menyebabkan Dolar AS kembali mendapat permintaan tinggi di pasaran matawang terutamanya dari pelabur Eropah dan Jepun pada awal pagi tadi. Dolar dijangka terus mendapat permintaan dalam masa terdekat, lantaran pelabur yang mahu mengambil peluang belian di pasaran saham dan bon AS. Dengan kejatuhan nilai Dolar baru-baru ini, pulangan bon AS kembali menarik perhatian pelabur.

Untuk pedagang matawang, perbezaan pulangan bon menunjukkan antara peluang jualan terbaik boleh di dapati pada pasangan matawang GBP/CAD, GBP/USD dan GBP/AUD. Peluang belian terbaik pula boleh di dapati pada pasangan matawang USD/CHF, USD/JPY, CAD/CHF dan CAD/JPY.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;