Apa Yang Akan Anda Lakukan, Bila…

Orang kata melabur dan berdagang ni senang. Yelah, tekan-tekan keyboard, tengok-tengok carta, apa yang susah. Begitulah kata orang. Hakikatnya, kalau ia senang tentulah semuanya yang berusaha terus menjadi kaya-raya dalam sekelip mata dan tiadalah satu institusi pun yang gulung tikar dan bangkrap seperti Barings dan Lehman Brothers kan? Jadi ianya tidaklah seperti yang disangkakan ramai orang.

Semalam saya tersalah tekan order. Tidak perasan kerana saya baru sahaja install platform pada terminal baru dan “default size” ialah 1 lot. Selalunya saya hanya ambil posisi 0.05 atau 0.1 sahaja dengan modal runcit. Tapi nak jadi cerita, tersalah tekan lah pulak. Sebelum tu pun pernah jadi juga. Habis MC satu akaun apabila saya gunakan teknik harapan. hehehe. Tapi semalam, sebaliknya berlaku.

Beginilah keadaan trader, terpaksa membuat keputusan dalam keadaan yang sama; tapi hasilnya mungkin berbeza. Itulah yang menyebabkan ianya memeningkan minda dan menyukarkan trader membuat keputusan objektif. Satu lagi contoh, anda jumpa setup yang sama, katalah “double bottom” sebagai contoh. Sebelum ini anda ambil ia untung, kemudian lagi, anda ambil rugi pula. Jadi bagaimana?

Apa yang akan anda lakukan, bila anda berdepan dengan keadaan begini? Keadaan yang sama, tindakan yang sama, tapi hasilnya berbeza. Pening bukan? Hantarkan komen anda kepada FB saya dan saya akan kongsikan pendapat anda dalam artikel akan datang. Ohh, kepada yang mengikuti jualan UBS, dagangan USD/CAD hanya menutup dengan “breakeven” sahaja dan untuk belian Citibank pula, bolehlah naikkan SL kepada +20. Kepada yang terlambat, saya masih melihat peluang belian pada paras 1.3950/80 dengan SL sekitar 1.3840.

 

NOTA:

Artikel ini hanyalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan bukanlah satu nasihat kewangan. Ianya tidak mengambil kira faktor tahap risiko peribadi dan kesesuaian produk ini dengan anda. Anda hendaklah mendapatkan nasihat kewangan dari pakar yang bertauliah sebelum mengambil sebarang tindakan dari artikel ini. Penulis dan pemilik laman web ini tidak bertanggung-jawab atas sebarang kerugian yang mungkin timbul dari tindakan anda.

Related articles

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Share article

Latest articles

Newsletter

Subscribe to stay updated.

font-family: futura-pt, sans-serif; font-style: normal; font-weight: 300;